Thursday, 7 November 2013

Selamat Kembali Dari Tanah Suci

Salam

ingin mengucapkan selamat kembali bg mereka yg diberi peluang menjadi tetamu Allah pd musim haji kali ini, moga mendapat haji mabrur..

Kaabah dgn awan gelap

Wednesday, 30 October 2013

Imam di Tanah Suci

Salam

Sheikh Abdur Rahman Sudais in Masjidul Haraam:


Sheikh Ali Hudhaify in Masjidun Nabawi

kaabah - pancuran emas

Salam



Mizab @ Pancuran Emas

Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Sumber info - halaqah.net
 

Panggilan hati.. Masjid Nabawi ku rindui..

Salam






Full moon over the Green Dome
It is related from Jaabir (Radiallahu Anhu) that he said: "I once saw Rasulullah (Sallallahu 'Alayhi Wasallam) on the night of a full moon. On that night he wore red clothing. At times I looked at the full moon and at times at Rasulullah (Sallallahu 'Alayhi Wasallam). Ultimately I came to the conclusion that Rasulullah (Sallallahu 'Alayhi Wasallam) was more handsome, beautiful and more radiant than the full moon."

Terjemahan :
“Saya sedang melihat wajah Rasulullah s.a.w., kemudian saya melihat pada bulan purnama. Menurut pandangan saya, wajah Rasulullah s.a.w. lebih cantik dari bulan.” – Jabir (r.a.)

Credit to sape yg mengambil gambar (dr email kwn & x pasti sumber)

Thursday, 17 October 2013

Wednesday, 9 October 2013

Gambar Terbaru Masjidil Haram

Salam

untuk melepaskan rindu...
kredit dr FB Ustaz Roslan Mohamed.. Musim Haji 1434H

di hadapan Masjidil Haram @ pintu masuk..

dibandingkan semasa ku Umrah Julai 2012




di dalam Masjidil Haram @ Kaabah dr FB Ustaz Roslan..



 

 kenangan ketika umrah ku


Tuesday, 8 October 2013

Makna Korban

Salam

Jika kita tidak dapat berada di Tanah Suci, maka berkorbanlah dgn menyembelih kambing atau lembu kerana fadilatnya yg amat besar & pahala ini tidak menyamai jika dilakukan pd hari lain.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempunyai keluasan (harta) tetapi tidak menyembelih korban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami. [Sunan ibn Majah:3122, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan]

Korban juga untuk memperingati Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang amat taat pd pencipta Nya walau diduga dengan dugaan yg amat besar.

Muhasabah pada diri sendiri, di mana tahap taat & iman kita pula terhadap Allah swt.. aduh juah teramat jauh lagi utk mencapai ke tahap itu. Namun kita perlu berusaha utk mempertingkatkan nya dan berserah pdNya, sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi..
 

Thursday, 1 August 2013

Amat merinduimu...

Salam

Moga dpt sampai kembali ke sini.. Amin Ya Rabbalalamin...

Al-Sudais calls for peace in Mideast in Friday Sermon - Via Arab News

foto dr FB, fwd by kawan ku Hawa.. Moga mereka memperolehi pahala krn dgn foto ini telah mengamit rinduku utk kesiini

Wednesday, 24 July 2013

Lirik - Kasih Pada Mu Rasulullah -Hafiz Hamidun

 Munsyid : Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com
 
 
Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah


Tuesday, 23 July 2013

Persediaan

Salam

rasanya belum ada entri berkenaan dgn persediaan fizikal yg perlu untuk berada di 2 tanah suci.
disini disenaraikan perkara atau barang yg perlu ada..

1- ubat2an - ubat selsema, ubat batuk, ubat demam (apa2 jenis la)
2- pelembab bibir, losyen tangan & kulit
3- minyak panas atau minyak urut
4- gunting (diletakkan dalam beg bagasi)
5- hanger 5-10, tali utk ikat beg or buat gantung baju
6- brg asas diri - ubat gigi, syampoo, berus gigi etc  sabun basuh  pakaian beli di sana je



Rindu rindu nya

Salam

perasaan semakin rindu utk kembali ke 2 Tanah Suci terutamanya Madinah..

jalan2 blog, jumpa hadis dibawah:
dari Abdullah bin Zaid, dari Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Ibrahim telah menjadikan kota Mekah sebagai tanah haram dan berdoa ( meminta berkat ) bagi kota Mekah. Dan aku menjadikan kota Madinah sebagai tanah haram sebagaimana Ibrahim menjadikan Mekah sebagai tanah haram. Aku mendoakan berkat bagi kota Madinah pada mudnya dan sha'nya ( ukuran yang digunakan oleh penduduk Madinah) seperti doa Ibrahim bagi Mekah." - Riwayat Bukhari.

Tuesday, 16 April 2013

Kelebihan Menuntut Ilmu

Salam

Selagi ilmu itu diperolehi, semakin byk pula dirasakan kekurangan diri, iaitu masih byk lagi yg perlu kita pelajari.. maka tidak akan ada pengakhiran pd sesuatu ilmu itu, malah semakin digali semakin byk yg masih kita tidak tahu..

Ingin kongsi hadis nabi s.aw dibawah;

Dari riwayat Abu ad-Darda' r.a;  Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Huraian Hadith: 
Pengajaran hadith:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

Wednesday, 27 February 2013

Menghormati Ulama'

Salam

~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~

Takut ku pd apa yg terjadi di tanah air ku sendiri.. kenapa golongan ulama diburukkan & dihina. Sudah matikah hati mereka ?

Petikan dibawah di copy dr satu blog.. utk rujukan diriku yg hina..

Muliakan orang-orang alim (Ulama'), hormati mereka dan jangan sesekali cakap keburukan mereka. BAHAYA! Nabi saw bersabda: "Ulama' adalah pewaris para Nabi a.s", kalau tidak hormat ulama' sama seperti tidak hormat Nabi. Hak ulama' perlu ditunaikan iaitu memuliakan mereka walaupun berbeza fikrah dan manhaj dengan kita. Ulama' tetap ulama', walaupun ada kejanggalan yang mereka perkatakan dan lakukan. Kesilapan mereka suatu perkara biasa. Sebab ulama' adalah pilihan Allah, bukan pilihan sendiri.

Nabi saw bersabda: "Siapa yang diinginkan Allah swt kebaikan padanya, maka akan diberi kefahaman ilmu agama.." Nabi saw beritahu siapa yang Allah swt ingin. Jadi, siapa yang diberi ilmu tu adalah orang pilihan Allah swt. Hak kita sesama kaum muslimin memuliakan mereka sebab dengan kalimah iman yang ada pada mereka. Inikan pula ulama' lagi-lagi perlu dimuliakan dan dihormati sebab mereka ada ILMU NUBUWWAH (ilmu kenabian).

Friday, 25 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Salam

~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~

Masa akan terus berlalu.. itu  mmg ketentuannya.. fitrah yg Allah swt cipta.. maka dgn itu, tugas manusia sbg hambaNya, perlu menggunakan masa itu dgn sebaiknya.
Ya Allah, sesungguhnya aku sentiasa dlm kerugian & aku sering lalai..layakkah aku memperolehi rahmatMu, syurgaMu.. Ya Allah, ampuni aku.. kasihani aku..
Semoga aku sentiasa m'dpt rahmatMu.. terimalah hamba yg hina ini.

Wednesday, 16 January 2013

Ingin Kembali Lagi

Salam

setelah byk perkara berlaku sehingga kini, niat ini ku tangguhkan dulu.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik.. Ya Allah, aku berserah..

Target, in sya Allah pd 1435H pula.. moga ada rezki ke sana...