Sunday, 23 December 2018

Perkuburan baqi'

Cnp

Sabda Nabi Muhammad: “Dulu aku pernah melarang kalian untuk berziarah-kubur. Namun sekarang ketahuilah, hendaknya kalian berziarah kubur. Karena ia dapat membuat kalian zuhud terhadap dunia dan mengingatkan kalian akan akhirat” HR al-Hakim

كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروا القبور فإنها تزهد في الدنيا وتذكر الآخرة
.
.
PERKUBURAN BAQI'
.
.
Baqi' merupakan sebuah kawasan perkuburan bagi penduduk kota Madinah sejak zaman Nabi Muhammad SAW & masih digunakan sehingga hari ini. Perkuburan Baqi' terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi dan dibina tembok yang tinggi di sekelilingnya. Ia hanya boleh di masuki/ziarah selepas solat Subuh hingga jam 8 pagi dan selepas solat Asar atau ketika ada jenazah yang hendak dikebumikan.
.
.
Terdapat banyak jasad yang mulia bersemadi di Perkuburan Baqi' antara adalah para isteri Rasulullah SAW, ahli bait, sahabat-sahabat nabi dan juga ada diriwayatkan terdapat juga maqam Imam Malik RA.
.
.
Disunatkan kepada jemaah yang menjadi tetamu Rasulullah SAW untuk memberi salam dan berdoa  berdoa memohon keampunan  serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan di situ.

No comments:

Post a Comment