Thursday, 25 October 2012

Selamat sampai ke tanah air pada 14 Julai

Salam...

Setelah 8 jam perjalanan menaiki Saudi Arabia Airlines kami pun sampai ke KLIA.

Ramai jemaah tidak dapat tempat duduk bersebelahan mahram atau suami isteri pd perjalanan ini. Kami kurang pasti kenapa terjadi begini. Tidak seperti perjalanan pergi, elok je kami disusun. Namun atas dasar tolak ansur masalah dpt diatasi. Bagi aku, tiket aku dgn hubby mmg berpisah, namun masih b'dekatan antara depan & belakang shj.

Dalam perjalanan balik ini, kami tertidur keletihan termasuk hampir nak terlepas solat subuh.

Tanpa ada apa2 pengumaman utk waktu subuh dr anak kapal, tiba2 aku tersedar & lihat diawan telah ada tanda merah yg menunjukkan subuh hampir nak habis.
Aku toleh ke tmpt hubby tetapi dia sudah tiada di tmpt duduk nya.. Aku bangun ke bilik air tetapi bilik air penuh, aku kembali ke tempat & dgn segera aku niat solat hormat waktu sahaja & terus bersolat.
Solat hormat waktu ni perlu di qada' segera sebaik kembali ke rumah.

Selesai solat, baru aku nmpk hubby.. rupanya dia baru shj selesai solat subuh.. dia kata ada ruang utk b'solat dibelakan, tapi aku cakap aku dah solat hormat waktu. Dia angguk.

Tiba2 rakan yg duduk disebelah ku tersedar, memarahi ku sbb tak kejut.. aku ckp masih sempat utk dia solat. Ok katanya & aku nmpk dia solat hormat waktu bersama ibunya.
Alhamdulillah, kami dpt menunaikan kewajiban kami. Harap kami terus dpt menambah beramal ibadat walaupun bukan di bumi Mekah atau Madinah. Perjalanan di atasan jemputan dr Allah swt ini merupakan titik permulaan utk mencari keredhaanNya & terus berusaha membaiki diri.

Alhamdulillah.. akhirnya sampai ke tanah air pd jam 1.30pm





dlm perjalanan ke Balai Ketibaan..







Menunggu anak2 smpi dgn keluarga K.Yam yg mengambil kami..



Maka TAMAT la perjalanan Menjadi Tetamu Allah untuk kali ini. Ku harap ada catatan lain dimasa hadapan kerana aku sentiasa merindui utk kembali semula.

Wednesday, 24 October 2012

Catatam Hari Terakhir - 13 Julai Mekah

Salam

Hari terakhir kami di bumi haram, aku mulai dgn qiamulail (solat tahajjud & solat tasbih - ini la impian ku, at least aku dpt tunaikan solat tasbih sekali semasa disini, alhamdulillah syukur dpt kekuatan utk tunaikan) & kemudian solat subuh di MH.

Kerana hari ni hari terakhir, kami kena pastikan kami tidak membuat sbrg urusan lagi di sini termasuk dlm hal berjual beli selepas tawaf wada'.
Itu sebabnya sebaik solat subuh, pagi2 telah memasuki Al-Safwah Tower utk mencari jubah ku yg terakhir.. hehehe (perabiskan riyal sebenarnya)

Kami plan utk membuat tawaf wada' sebelum solat jumaat iaitu pukul 10 pagi & menunaikan solat zuhur di hotel kerana kami takut tidak dpt menepati masa utk keluar dari bumi haram ini tepat 2.30pm

Selepas tawaf wada' kami terus pulang ke hotel & menunggu utk solat zuhur dihotel sahaja. Selesai sahaja kami makan tengahari & bersiap di lobi untuk menaiki bas. Barang2 kami @ beg akan diurus oleh pekerja upahan, dgn itu kami perlu membayar 50riyal seorang.

Penerbangan pulang kami adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada pukul 10.30pm. Sebenarnya banyak lagi masa yg kami ada, jadi mutawif membawa kami ke Masjid Terapung Jeddah untuk solat asar & melihat keindahan Laut Merah.
Memasuki Masjid Terapung ini, kelihatan ramai org2 Indon disini.. ada panduan dlm Bahasa Indon didalam masjid ini. Mungkin tempat ini digemari oleh org2 Indon utk mengunjunginya.



Kami bersantai sekejap di tepi Laut Merah & beramah mesra dgn jemaah2 yg sebelum ni tak berkesempatan bersembang lama.


Rakan2 jemaah kami..




Pukul 6.pm bas membawa kami ke airport & kami solat maghrib & jamak isya dia Musolla yg disediakan.
Pemandangan airport, kawasan2 ini meriah dikala musim haji..




Kami memasuki airport & menghadapi berbagai2 kerenah dia kastam & imigresen, tp alhamdullilah ia berjalan dgn lancar.
Selepas itu kami menunggu flight kami dari pukul 8pm hingga ke 10pm.. lama jugak menunggu dgn keadaan tmpt menunggu yg kurang selesa..


Thursday, 11 October 2012

Catatan Hari Ke Tujuh - 12 Julai

Salam

Hari yg penuh dgn santai iaitu relax-relax di Masjidil Haram dari Subuh, Zuhur, Asar & Maghrib ke Isya..
Sebenarnya lagi baik jika kita duduk terus di dalam MH beriktikaf, b'tawaf sunat kerana pahala yg berganda2..
kami gunakan masa yg ada, betul utk tujuan itu wp tidak terus duduk di dlm MH kerana ini lah masanya ibadat ditingkatkan & inilah peluangnya shj kita dpt tumpukan 100% pd ibadat kpd Nya
Tak tahu bila lg kami akan menjejaki ke sini..

Semoga Allah menerima amalan2 kami disini..

Dan... perasaan sayu mula melanda dihati, bilakah akan b'peluang b'ibadat sebegini lagi di mana kita tak perlu fikir tentang kerja or hal2 duniawi termasuk anak2 & rutin hari2




Gambar kenangan ketika bersantai di dataran MH..


Wednesday, 10 October 2012

Catatan Hari Ke Tujuh 12 Julai Mekah

Salam
 
Selepas umrah ke-4, kami tekad utk tumpukan ibadat2 di Masjidil Haram sahaja.

Sebenarnya lebih afdal utk buat tawaf sunat byk2 kerana ibadah tawaf tidak ada di tempat lain selain di Masjidil Haram sahaja.
Solat 2 rakaat disini menyamai 100,000 pahala, maka baiknya banyakkan solat2 sunat di sini.. baiknya amik berpeluang berqiamulail & membuat solat2 sunat seperti solat tasbih dan sebagainya.

Pada malam nya, setelah membuat tawaf sunat selepas solat maghrib. Setelah itu kami keluar menunaikan solat isya di dataran sahaja kerana hubby rasa tangan mengeletar (mungkin lapar la kot) &utk mencari tandas.. aduss samapi kesudah kami tak jumpa dgn tandas.. since wudu hubby dah batal, so diluar ada paip air, kami mengambil wudhu dan azan isya berkumandang & terus solat isya

Selepas solat hubby kata lapar sgt kot, so kami cari KF.. 2 ketul ayam original + roti+air cuma 20 Riyal



Makan KFC di dataran..



Yang aku perasan la... nape dah ujung2 masa ku disini, kamera macam tak mahu mengambil gamborrr
awat byk yg blurrr je
Apa2 pun, sbnrnya gambar2 yg sblm ni dah cukup utk mengabadikan kenangan aku disini...
Syukur alhamdullilah..

Tuesday, 9 October 2012

Catatan Hari Ke Enam 11 Julai -Mekah


salam

aktiviti bebas..
biasanya kami akan solat jemaah di Masjidil Haram utk semua waktu solat.. dlm perjalanan balik ke hotel boleh singgah di kedai2 sepanjang jln atau dgn penjual2 di tepi jln


kedai 3 riyal..
 Kedai serbaguna... 

Di kawasan ni dah kena tutup muka, habuk berterbangan kerana runtuhan bangunan di sepanjang jln ke hotel



hubby sedang membeli barang..
 disepanjang jln ada je penjual dgn bermacam2 jualan.. mereka cukup berhati2 dgn kehadiran polis yg akan merampas barangan mereka..


Kami geram dgn penjual kulit hitam ni.. dah kami tak nak beli, still paksa2 gak.. tp akhirnya mengalah gak takut nak maki hamun kat sini..
 lihat.. hubby membawa beg plastik, ntah apa le brg nye tu.. aku dah mengalah awal2 tak mo terlibat..
cuaca panas & persekitaran berabuk akibat runtuhan bangunan