Setelah 8 jam perjalanan menaiki Saudi Arabia Airlines kami pun sampai ke KLIA.
Ramai jemaah tidak dapat tempat duduk bersebelahan mahram atau suami isteri pd perjalanan ini. Kami kurang pasti kenapa terjadi begini. Tidak seperti perjalanan pergi, elok je kami disusun. Namun atas dasar tolak ansur masalah dpt diatasi. Bagi aku, tiket aku dgn hubby mmg berpisah, namun masih b'dekatan antara depan & belakang shj.
Dalam perjalanan balik ini, kami tertidur keletihan termasuk hampir nak terlepas solat subuh.
Tanpa ada apa2 pengumaman utk waktu subuh dr anak kapal, tiba2 aku tersedar & lihat diawan telah ada tanda merah yg menunjukkan subuh hampir nak habis.
Aku toleh ke tmpt hubby tetapi dia sudah tiada di tmpt duduk nya.. Aku bangun ke bilik air tetapi bilik air penuh, aku kembali ke tempat & dgn segera aku niat solat hormat waktu sahaja & terus bersolat.
Solat hormat waktu ni perlu di qada' segera sebaik kembali ke rumah.
Selesai solat, baru aku nmpk hubby.. rupanya dia baru shj selesai solat subuh.. dia kata ada ruang utk b'solat dibelakan, tapi aku cakap aku dah solat hormat waktu. Dia angguk.
Tiba2 rakan yg duduk disebelah ku tersedar, memarahi ku sbb tak kejut.. aku ckp masih sempat utk dia solat. Ok katanya & aku nmpk dia solat hormat waktu bersama ibunya.
Alhamdulillah, kami dpt menunaikan kewajiban kami. Harap kami terus dpt menambah beramal ibadat walaupun bukan di bumi Mekah atau Madinah. Perjalanan di atasan jemputan dr Allah swt ini merupakan titik permulaan utk mencari keredhaanNya & terus berusaha membaiki diri.
Alhamdulillah.. akhirnya sampai ke tanah air pd jam 1.30pm
dlm perjalanan ke Balai Ketibaan..
Menunggu anak2 smpi dgn keluarga K.Yam yg mengambil kami..
Maka TAMAT la perjalanan Menjadi Tetamu Allah untuk kali ini. Ku harap ada catatan lain dimasa hadapan kerana aku sentiasa merindui utk kembali semula.
No comments:
Post a Comment