Wednesday, 24 October 2012

Catatam Hari Terakhir - 13 Julai Mekah

Salam

Hari terakhir kami di bumi haram, aku mulai dgn qiamulail (solat tahajjud & solat tasbih - ini la impian ku, at least aku dpt tunaikan solat tasbih sekali semasa disini, alhamdulillah syukur dpt kekuatan utk tunaikan) & kemudian solat subuh di MH.

Kerana hari ni hari terakhir, kami kena pastikan kami tidak membuat sbrg urusan lagi di sini termasuk dlm hal berjual beli selepas tawaf wada'.
Itu sebabnya sebaik solat subuh, pagi2 telah memasuki Al-Safwah Tower utk mencari jubah ku yg terakhir.. hehehe (perabiskan riyal sebenarnya)

Kami plan utk membuat tawaf wada' sebelum solat jumaat iaitu pukul 10 pagi & menunaikan solat zuhur di hotel kerana kami takut tidak dpt menepati masa utk keluar dari bumi haram ini tepat 2.30pm

Selepas tawaf wada' kami terus pulang ke hotel & menunggu utk solat zuhur dihotel sahaja. Selesai sahaja kami makan tengahari & bersiap di lobi untuk menaiki bas. Barang2 kami @ beg akan diurus oleh pekerja upahan, dgn itu kami perlu membayar 50riyal seorang.

Penerbangan pulang kami adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada pukul 10.30pm. Sebenarnya banyak lagi masa yg kami ada, jadi mutawif membawa kami ke Masjid Terapung Jeddah untuk solat asar & melihat keindahan Laut Merah.
Memasuki Masjid Terapung ini, kelihatan ramai org2 Indon disini.. ada panduan dlm Bahasa Indon didalam masjid ini. Mungkin tempat ini digemari oleh org2 Indon utk mengunjunginya.



Kami bersantai sekejap di tepi Laut Merah & beramah mesra dgn jemaah2 yg sebelum ni tak berkesempatan bersembang lama.


Rakan2 jemaah kami..




Pukul 6.pm bas membawa kami ke airport & kami solat maghrib & jamak isya dia Musolla yg disediakan.
Pemandangan airport, kawasan2 ini meriah dikala musim haji..




Kami memasuki airport & menghadapi berbagai2 kerenah dia kastam & imigresen, tp alhamdullilah ia berjalan dgn lancar.
Selepas itu kami menunggu flight kami dari pukul 8pm hingga ke 10pm.. lama jugak menunggu dgn keadaan tmpt menunggu yg kurang selesa..


No comments:

Post a Comment