Wednesday, 22 August 2012

Catatan Hari Ke Lima - 10 Julai Mekah -Umrah Ke-4


Satu lagi Umrah telah dibuat & bermiqat di Tanaiem. Tanaiem adalah tempat miqat terdekat dari tanah haram iaitu cuma 5KM. Ada bas disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi, cuma perlu bayar sebyk 1 Riyal utk perjalanan pergi balik.

Ini umrah ku ke-4 & aku niatkan pahalanya buat arwah mak mertua ku (Hajjah Radziah Binti Hamzah).

Di sepanjang perjalanan ke Tanaim ini, byk tempat2 sejarah semasa Nabi s.a.w berada di sini iaitu Mekah al Mukaramah seperti Masjid Jin, Jabal Nur


Dapat dilihat di luar bas ialah Jabal Nur iaitu bukit dimana Nabi s.a.w bersembunyi ketika di kejar oleh org2 musyirikin.


Telah sampai ke Masjid Tanaim..  apa yg perlu dibuat bila sampai dimasjid2 untuk bermiqat adalah
solat sunat tahiyatul masjid, solat duha (kerana bertolak di waktu pagi) & solat sunat ihram
Walaubagaimanapun, solat sunat ihram boleh di buat dihotel lagi wp kita belum berniat




Umrah kali ini kami mengikuti Mutawif dari Group satu lagi.. since perjalanan nya dekat, pukul 10pagi telah sampai ke MH.
Bismillah.. kami mulai dgn Tawaf, mula2 mengikut Mutawif tetapi akhirnya kami berpisah.. so kami teruskan umrah berdua sahaja.

hubby pasang bacaan doa2 di telinga.. tp akhirnya simpan balik.. hehehe
katanya tak berapa clear & menyusahkan kerana nak buka bukunya pula..
bagi aku lak, lebih memadai aku refer dgn buku doa2nya sahaja..

Setelah itu, kami bersaie..
kekadang tu penah gak mengejar hubby.. pd tanda lampu hijau pula, lelaki digalakan berlari2 anak cuma pd 3 kali pusingan sahaja




Selepas saie, teruskan b'cukur dan selesai la umrah kami... alhamdulillah..
Selesai umrah pada pukul 11.30pg, kami tunggu hingga solat zuhur untuk pulang makan & berehat sekejap





Catatan Hari KeEmpat - 9 Julai Mekah -Umrah Ke-3

Salam

hari ke-4 ini, mutawif membawa kami ke Masjid Ja'rannah utk bermiqat


----------------------utk last sekali


Suasana org ramai yg berpusu2 ke masjid pd setiap waktu solat amat menginsafkan ku.. lebih2 terharu, kerana hanya disini shj ianya berlaku..





Oleh kerana tiada tmpt wudu di dlm masjid, dlm waktu t'desak dibolehkan mengambil wudu di paip air zam2..
DAH RECALL --- 9 Julai sepatutnya umrah ke-3... rujuk jumpa bibik

Satu lagi Umrah dibuat & bermiqat di Ja'ranah pd 10-Julai

kerana hubby tak sihat dia tak buat umrah kali ini tetapi aku minta izin utk buat umrah kali ke-3 sbb alang2 dah smpi tempat miqat, jd mudah je kalo nak bermiqat.. aku niatkan umrah ni buat arwah atuk ku Aminah Binti Baba (ibu kepada bonda ku).

Sebaik bas sampai ke haram semula, hubby balik ke Hotel, aku kena tunggu mutawif nak b'kumpul pd pukul 10pagi.. lama juga menunggu di lobby pd masa tu.. tp tak ada sorg pun hingga pukul 10am.. tak kan aku nak buat umrah dgn Mutawif lelaki berdua jer.

Maka aku pun terus naik ke hotel, hubby dah nak tertidur makan ubat, aku minta dgn hubby tolong teman aku ke MH nanti utk laksanakan manasik umrah seterusnya selepas zohor.. so minta hubby bersama2 solat zohor nanti, dia setuju.

Jadinya aku kena laksanakan umrah kali ni seorang diri.
Sebaik selesai solat zohor, hubby berpesan yg dia akan berada di kawasan multazam, jadi aku boleh terus tawaf & b'temu nanti di situ.

Selesai bertawaf sorg diri & solat sunat tawaf di belakang makam Nabi Ibrahim, aku ditegur oleh seorang indonesion (aku panggil bibik coz bibik maksudnya kakak kan? hehehe..sbnrnya nama bibik ni Sunarti, aku nmpk di tagnya) dgn muka yg sedih & berair2 memberitahu kpdku yg dia telah sesat sejak subuh lagi.. aduss kesiannya & meminta aku menunjuki jalan kpd nya utk balik..
Memang belas melihat bibik tersebut.. bayangkan sejak subuh lagi.. ceritanya begini,
setelah keluar bermiqat sebelum subuh, rombongan mereka ke MH, selepas solat subuh & b'tawaf, bibik telah solat taubat sambil sujud dpn kaabah dgn khusyuknya, bila bibik bangkit dari sujud.. rombongan bibik telah hilang dari pandangan.. puas bibik cari, tak jumpa sesiapa pun yg bibik kenal.. bibik nampak org2 Indon tp mereka tidak dpt membantu. Kesudahnya bibik ke sana ke mari dgn harapan ada org faham dia & boleh membantu.

Aku ckp dgn bibik, tak pe la.. ikut shj aku & abiskan manasik umrah bersama2... Oh ya! Allah, begitu la hikmahnya.. aku bukan lg keseorangan, itulah hikmah disebaliknya.. Allah shj yg Maha Mengetahui hati hambaNya.
Kami menuju ke pili air zam2 melepaskan dahaga.. kesian bibik.. belum mkn apa2 la tu kot.. tp bibik dah solat zohor berjemaah tadi, alhamdullilah..
Kami meneruskan bersaie bersama2.. aku tanya bibik, tau ke apa nak baca.. bibik kata tak tau... so aku baca ikut dlm buku yg ku bawa & bibik ikut.. ataupun aku pesan bibik, baca la apa2 pun zikir or bacaan al-quran ikut apa yg bibik tau.. bibik pun angguk..
selang antara saie iaitu dari safa ke marwah atau marwah ke safa.. aku cuba2 b'tanya org2 Indon, kot2 mrk tahu penginapan bibik & bole la bwk bibik ke sana. Hotel yg bibik menginap mmg blurr bg aku, tak tau nak ku katakan kat mana.. mmg tak tahu.. tapi satu jer, nasib baik bibik ada kad hotel, so mudah la sikit utk mencari nya nanti.
nampaknya org2 Indon ni mmg kurang sgt nak membantu, patutla bibik dah kata, org tak nak membantunya..

Bibik merayu pdku, jgn tinggalkan dia.. bibik kata, ibu baik sgt.. ibu tolong la ya.. kesian kan.?

Selesai bersaie, aku terus membawa bibik berjumpa hubby... aku ckp dgn hubby... ada org sesat sambil tunjuk bibik kat hubby.. hubby angguk jer... siap ckp.. nanti kita cari hotel nye bu...
bibik angguk.. hubby kata lepas solat asar aja coz dah dekat masuk waktu.. sebaik lepas solat kami pun mencari hotel bibik... peh! memang jauh sgt...dgn keadaan hubby yg belum bp sihat & panas cuaca nyer..
rasa longlai sgt kaki ni..

akhirnya.. bibik smpi ke hotelnya.. walaupun bibik tak dpt cam apa2 kawasan kelilingnya.. adus...
jenuh gak tanya pak arab yg sambil lewa je tunjuk sana sini.. alhamdulillah, bibik jumpa jugak hotelnya..
bibik terima kasih & nak bg duit pd hubby.. tp kami rejek, niat kami membantu shj.. janji bibik jumpa hotelnya..
Kenangan bersama Bibik Sunarti sebelum kami solat asar..


Friday, 10 August 2012

Catatan Hari Ketiga 8 Julai (Mekah - Ziarah Luar 2)

Salam

Hari ini kami dibawah melawat ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah & tinjauan ke tmpt ibadat haji seperti muzdalifah & mina (utk memudahkan sesiapa yg akan menunaikan haji & megetahui keadaan & lokasinya)

Sejarah di Jabal Thur dimana kisah dimana Nabi saw bersama Saidina Abu Bakar dikejar oleh puak musyirikin & baginda telah bersembunyi disini. Dgn bantuan Allah, labah2 telah membuat sarangnya disitu utk menutup gua tmpt baginda & saidina abu bakar bersembunyi.

Ni gambarnya.. nmpk kawasan bukit2 dah rata, jgn2 satu hari nanti bukit pun dah tak ada lg..

Cuaca panas wp di waktu pagi.. kelihatan hubby & mutawif sedang memberi penerangan..
Inilah Jabal Thur






Seterusnya kami ke Jabal Rahmah & Padang Arafah - 2 lokasi yg berdekataan.
Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa, di mana jika kita berdoa disini utk kekal jodoh, nak jodoh.. insya Allah makbul, itulah yg diberitahu oleh mutawif. Tentang hadis

Jenuh jugak memanjat bukit ni... berhenti 2 kali dipertengahan.. maka baik la ke sini masa muda lagi.. rugi kalau tak dpt panjat..

Pemandangan padang arafah.. lain2 lokasi tak ambil..

Wednesday, 8 August 2012

Catatan Hari Kedua 7 Julai (Mekah - Umrah Ke 2)

Salam

selepas lawatan ke Ladang Unta & Muzium, kami balik ke hotel pd jam 10.30pg.. aku & hubby berpakat dgn pak cik & mak cik (yg semalamnya aku telah membuat umrah bersama2nya) untuk pergi bersama membuat umrah & jumpa di lobi hotel pd pukul 11.30pg

Tawaf kami laksanakan sesudah solat zohor & dibuat di tingkat satu kerana kesian kat makcik yg dah sakit kaki. Selesai habis tawaf, aku & hubby berehat dahulu & mengambil wudhu, sementara mak cik & pak cik teruskan utk saie.

Kami meneruskan saie & b'jumpa mak cik & pak cik kemudiannya di satu tmpt. Nmpk kedua2 nya termasuk kami benar2 keletihan. Rupanya tawaf di tingkat 1 mmg relax tp pusingan menjadi amat besar berganda2 dr di Kaabah sebenar (Tingkat Bawah).

Kami terus balik kebilik... & nmpk pengumuman pd esok ada lawatan @ ziarah luar..

Disni kami kena alert dgn pengumuman, setiap pengumuman diletak dipapan notis depan lif.

Mlm tu, hubby mula demam tp gagah juga utk bersolat di Masjidil Haram


Akhirnya... hotel tu lenyap menjadi debu.. hubby dok tunggu disini, yg menyebabkan demam & selsema..


Tuesday, 7 August 2012

Catatan Hari Kedua 7 Julai (Mekah - Masjid Hudaibiyah & Muzium MH)

Salam

Kami terus menuju ke Masjid Hudaibiyah.. di sini Nabi saw pernah mengadaka Perjanjian Hudaibiyah dgn puak musyirikin. Tujuan berada disini adalah utk bermiqat untuk Umrah ke-2.

Masjid sebenar hanyalah tinggal binaan spt runtuhan jer... sedey rasanya sbb kerajaan arab saudi tak mahu membaiki nya.. pdhal tempat ni adalah tempat bersejarah bg umat Islam



Ini masjid yg dibina bersebelahan.. sedih juga dgn keadaan masjid yg tak boleh utk menampung jemaah yg ramai.. & keadaan masjid amatlah mendukacitakan dr segi kebersihan & susun atur..
apa2 pun alhamdullilah, aku tunaikan solat tahyatul masjid & sunat duha disni sebelum niat utk umrah



Lawatan seterusnya ialah ke Muzium Masjidil Haram, Gambaran Masjidil Haram akan datang, dpt menampung 10 juta jemaah berbanding 4 juta shj buat masakini.

 Mimbar lama..

Sarung Hajarul Aswad..





 Pintu kaabah lama..

 Antara tiang2 kaabah.. yg sebelah kanan tu dah tinggal takat tu jer...

 Batu bersurat... nak tau, click gambar sebelahnya..

 Mushaf Al-Quran Uthmani pertama




Penutup telaga zam2.. wp skrg telaga zam2 dah tak ada, at least kita tahu besarnya telaga zam2 spt ini shj

Ini tak dpt dipastikan apa... hubby main amik jer

Ketika ini, kami diberitahu oleh abg ipar kpd budak yg hilang semalam yg dia telah pun ditemui. Alhamdulillah. Kisah sebenarnya sukar nak dpt sbb bertanya pd budak kurang upaya dah sah la info tak berapa tepat. Apa yg dpt difahami, dia telah smpai ke satu kawasan bukit & telah kepenatan yg akhirnya dia dijumpai oleh penduduk disitu. Budak itu dibawa ke Masjidil Haram & bertemu dgn mamat Bangla yg memahami bahasa m'sia. Syukur kerana dia dpt mengingati no hphone kakaknya, sehinggalah mereka mendapatkannya kembali didepan Kaabah.
Syukur sgt2.. tp budak tu mmg blurr...


Monday, 6 August 2012

Catatan Hari Kedua 7 Julai (Mekah - Ladang Unta)

Salam

Kami dibawa ke ladang unta & merasai sendiri susu unta fresh!



Amacam.. comelkan unta yg seekor tu ??

Pemerah susu unta tgh sibuk masukkan susu unta dlm botol.. 1 botol cuma 5 riyal..
nampak berpeluh2 si pemerah susu ditengah panas terik.. ada yg melawak.. susu unta kita ada perasa tambahan gamaknya... hehehe