Salam
hati sentiasa merinduimu wahai Rasulullah, semoga hamba menjadi umat mu yg m'dpt syafaat mu..
Allahhumasoliala muhamad...
Detik-Detik Terakhir
Kewafatan Rasulullah SAW
Daripada
Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah
dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian
baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban
bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi,
menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar
bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk
kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."
"Allah
berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang
yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan
kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian
kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"
Baginda
menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke
Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."
Kami
bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"
Rasulullah
menjawab: "Salah seorang ahli bait."
Kami
bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda
menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."
Kami
bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis
dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian
baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu
semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat
tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu
semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku
Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat
Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian
masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum
lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu
semua."
SEMAKIN
TENAT
Semenjak
hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari.
Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin,
disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda
wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari
itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di
depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya
Rasulullah?"
Kemudian dia
berkata lagi: "Assolah yarhamukallah."
Fatimah
menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit."
Maka
kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang,
maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan
yang tadi.
Kemudian
Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah
saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu
perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."
Maka
keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:
"Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia
memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat
tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong,
sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya
lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di
dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda
bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"
Siti Fatimah
menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak
ada bersama mereka."
Kemudian
Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh
mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu
baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin,
kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia
adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu
semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang
fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari
terakhirku berada di alam dunia ini."
MALAIKAT MAUT DATANG
BERTAMU
Pada hari
esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia
turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah
menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut.
Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika
Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia
kembali sahaja.
Maka
turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai
seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat
Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu
dan risalah!"
Fatimah pun
keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba
Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian
Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya
Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada
puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah
menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa
baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara
yang menggetarkan sukma."
Rasulullah
saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah
menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu
Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan,
pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian
Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka
masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah
saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk
berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat
Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan
izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah
saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku
Jibril?"
Jawab
Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia."
Baru sahaja
Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping
Rasulullah saw.
Maka
bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa
ajalku telah dekat?"
Jibril
menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
KETIKA SAKARATUL
MAUT:
Seterusnya
Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah
disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun
menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan
malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw
bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang
telah disediakan Allah untukku?"
Jibril
menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan
bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya
telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw
bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai
Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
Jibril
menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama
diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian
Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku.
Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s.
bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah
saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh
orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi
orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan
diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril
menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah
berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai
engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka
berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai
Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu
Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.
Ali r.a.
bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan
siapakah yang akan mengafaninya?"
Rasulullah
menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu
Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari
dalam Syurga."
Kemudian
Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai
di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar
ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang
mukaku?"
Jibril
menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda,
sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh
yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
KESEDIHAN
SAHABAT
Berkata Anas
r.a.: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia
sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai
sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah
kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada
singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut
Neraka Sa'ir."
Dikisahkan
dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah
berkata: "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan
pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu
malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata
kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw
telah berada di dalam tanah?"
Muaz
terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan: "A'uzubillahi
minasy syaitannir rajim." Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam
seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz
berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan." Kemudian dia memekik
sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan
harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka: "Malam tadi
dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila
Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran).
Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu
dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan
mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar: ayat 30)
Maka
menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali,
dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad
itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa
orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang
(murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat
mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah Al-lmran:
ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai
Muhammad."
Kemudian dia
keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan
penduduk Yaman, dia berkata: "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka
akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan
menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."
Kemudian dia
berkata: "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun
pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari
perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari
tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap
yang bernyawa pasti akan merasakan mati."
Lalu Muaz
mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang
tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah saw?" Orang tersebut menjawab:
"Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar
ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya.
Dia memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."
Setelah Muaz
sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang
berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz
melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian
dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun
melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada
waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh.
Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya:
"Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis dan akhirnya
dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.
Pada saat
itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata
kepada Bilal: "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat
dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan." Setelah Bilal selesai azan,
dia mendekati Muaz, lalu dia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu
wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda:
Sampaikanlah salamku kepada Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya
sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia
telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: "Demi ayah dan
ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan
meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah
isteri baginda Siti Aisyah r.a." S
etelah
sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: "Assalamualaikum ya
ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh." Yang keluar ketika itu adalah
Raihanah, dia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian
Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil
bait."
Siti Fatimah
menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw bersabda:
Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah
Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata
lagi: "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah
r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu
berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam
saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat
sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah
menuju ke arah kubur Rasulullah saw.
(Dipetik
dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)
No comments:
Post a Comment