Kami terus menuju ke Masjid Hudaibiyah.. di sini Nabi saw pernah mengadaka Perjanjian Hudaibiyah dgn puak musyirikin. Tujuan berada disini adalah utk bermiqat untuk Umrah ke-2.
Masjid sebenar hanyalah tinggal binaan spt runtuhan jer... sedey rasanya sbb kerajaan arab saudi tak mahu membaiki nya.. pdhal tempat ni adalah tempat bersejarah bg umat Islam
Ini masjid yg dibina bersebelahan.. sedih juga dgn keadaan masjid yg tak boleh utk menampung jemaah yg ramai.. & keadaan masjid amatlah mendukacitakan dr segi kebersihan & susun atur..
apa2 pun alhamdullilah, aku tunaikan solat tahyatul masjid & sunat duha disni sebelum niat utk umrah
Lawatan seterusnya ialah ke Muzium Masjidil Haram, Gambaran Masjidil Haram akan datang, dpt menampung 10 juta jemaah berbanding 4 juta shj buat masakini.
Mimbar lama..
Sarung Hajarul Aswad..
Antara tiang2 kaabah.. yg sebelah kanan tu dah tinggal takat tu jer...
Batu bersurat... nak tau, click gambar sebelahnya..
Mushaf Al-Quran Uthmani pertama
Penutup telaga zam2.. wp skrg telaga zam2 dah tak ada, at least kita tahu besarnya telaga zam2 spt ini shj
Ini tak dpt dipastikan apa... hubby main amik jer
Ketika ini, kami diberitahu oleh abg ipar kpd budak yg hilang semalam yg dia telah pun ditemui. Alhamdulillah. Kisah sebenarnya sukar nak dpt sbb bertanya pd budak kurang upaya dah sah la info tak berapa tepat. Apa yg dpt difahami, dia telah smpai ke satu kawasan bukit & telah kepenatan yg akhirnya dia dijumpai oleh penduduk disitu. Budak itu dibawa ke Masjidil Haram & bertemu dgn mamat Bangla yg memahami bahasa m'sia. Syukur kerana dia dpt mengingati no hphone kakaknya, sehinggalah mereka mendapatkannya kembali didepan Kaabah.
Syukur sgt2.. tp budak tu mmg blurr...
No comments:
Post a Comment