Wednesday, 22 August 2012

Catatan Hari Ke Lima - 10 Julai Mekah -Umrah Ke-4


Satu lagi Umrah telah dibuat & bermiqat di Tanaiem. Tanaiem adalah tempat miqat terdekat dari tanah haram iaitu cuma 5KM. Ada bas disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi, cuma perlu bayar sebyk 1 Riyal utk perjalanan pergi balik.

Ini umrah ku ke-4 & aku niatkan pahalanya buat arwah mak mertua ku (Hajjah Radziah Binti Hamzah).

Di sepanjang perjalanan ke Tanaim ini, byk tempat2 sejarah semasa Nabi s.a.w berada di sini iaitu Mekah al Mukaramah seperti Masjid Jin, Jabal Nur


Dapat dilihat di luar bas ialah Jabal Nur iaitu bukit dimana Nabi s.a.w bersembunyi ketika di kejar oleh org2 musyirikin.


Telah sampai ke Masjid Tanaim..  apa yg perlu dibuat bila sampai dimasjid2 untuk bermiqat adalah
solat sunat tahiyatul masjid, solat duha (kerana bertolak di waktu pagi) & solat sunat ihram
Walaubagaimanapun, solat sunat ihram boleh di buat dihotel lagi wp kita belum berniat




Umrah kali ini kami mengikuti Mutawif dari Group satu lagi.. since perjalanan nya dekat, pukul 10pagi telah sampai ke MH.
Bismillah.. kami mulai dgn Tawaf, mula2 mengikut Mutawif tetapi akhirnya kami berpisah.. so kami teruskan umrah berdua sahaja.

hubby pasang bacaan doa2 di telinga.. tp akhirnya simpan balik.. hehehe
katanya tak berapa clear & menyusahkan kerana nak buka bukunya pula..
bagi aku lak, lebih memadai aku refer dgn buku doa2nya sahaja..

Setelah itu, kami bersaie..
kekadang tu penah gak mengejar hubby.. pd tanda lampu hijau pula, lelaki digalakan berlari2 anak cuma pd 3 kali pusingan sahaja




Selepas saie, teruskan b'cukur dan selesai la umrah kami... alhamdulillah..
Selesai umrah pada pukul 11.30pg, kami tunggu hingga solat zuhur untuk pulang makan & berehat sekejap





No comments:

Post a Comment