Wednesday, 22 August 2012

Catatan Hari KeEmpat - 9 Julai Mekah -Umrah Ke-3

Salam

hari ke-4 ini, mutawif membawa kami ke Masjid Ja'rannah utk bermiqat


----------------------utk last sekali


Suasana org ramai yg berpusu2 ke masjid pd setiap waktu solat amat menginsafkan ku.. lebih2 terharu, kerana hanya disini shj ianya berlaku..





Oleh kerana tiada tmpt wudu di dlm masjid, dlm waktu t'desak dibolehkan mengambil wudu di paip air zam2..
DAH RECALL --- 9 Julai sepatutnya umrah ke-3... rujuk jumpa bibik

Satu lagi Umrah dibuat & bermiqat di Ja'ranah pd 10-Julai

kerana hubby tak sihat dia tak buat umrah kali ini tetapi aku minta izin utk buat umrah kali ke-3 sbb alang2 dah smpi tempat miqat, jd mudah je kalo nak bermiqat.. aku niatkan umrah ni buat arwah atuk ku Aminah Binti Baba (ibu kepada bonda ku).

Sebaik bas sampai ke haram semula, hubby balik ke Hotel, aku kena tunggu mutawif nak b'kumpul pd pukul 10pagi.. lama juga menunggu di lobby pd masa tu.. tp tak ada sorg pun hingga pukul 10am.. tak kan aku nak buat umrah dgn Mutawif lelaki berdua jer.

Maka aku pun terus naik ke hotel, hubby dah nak tertidur makan ubat, aku minta dgn hubby tolong teman aku ke MH nanti utk laksanakan manasik umrah seterusnya selepas zohor.. so minta hubby bersama2 solat zohor nanti, dia setuju.

Jadinya aku kena laksanakan umrah kali ni seorang diri.
Sebaik selesai solat zohor, hubby berpesan yg dia akan berada di kawasan multazam, jadi aku boleh terus tawaf & b'temu nanti di situ.

Selesai bertawaf sorg diri & solat sunat tawaf di belakang makam Nabi Ibrahim, aku ditegur oleh seorang indonesion (aku panggil bibik coz bibik maksudnya kakak kan? hehehe..sbnrnya nama bibik ni Sunarti, aku nmpk di tagnya) dgn muka yg sedih & berair2 memberitahu kpdku yg dia telah sesat sejak subuh lagi.. aduss kesiannya & meminta aku menunjuki jalan kpd nya utk balik..
Memang belas melihat bibik tersebut.. bayangkan sejak subuh lagi.. ceritanya begini,
setelah keluar bermiqat sebelum subuh, rombongan mereka ke MH, selepas solat subuh & b'tawaf, bibik telah solat taubat sambil sujud dpn kaabah dgn khusyuknya, bila bibik bangkit dari sujud.. rombongan bibik telah hilang dari pandangan.. puas bibik cari, tak jumpa sesiapa pun yg bibik kenal.. bibik nampak org2 Indon tp mereka tidak dpt membantu. Kesudahnya bibik ke sana ke mari dgn harapan ada org faham dia & boleh membantu.

Aku ckp dgn bibik, tak pe la.. ikut shj aku & abiskan manasik umrah bersama2... Oh ya! Allah, begitu la hikmahnya.. aku bukan lg keseorangan, itulah hikmah disebaliknya.. Allah shj yg Maha Mengetahui hati hambaNya.
Kami menuju ke pili air zam2 melepaskan dahaga.. kesian bibik.. belum mkn apa2 la tu kot.. tp bibik dah solat zohor berjemaah tadi, alhamdullilah..
Kami meneruskan bersaie bersama2.. aku tanya bibik, tau ke apa nak baca.. bibik kata tak tau... so aku baca ikut dlm buku yg ku bawa & bibik ikut.. ataupun aku pesan bibik, baca la apa2 pun zikir or bacaan al-quran ikut apa yg bibik tau.. bibik pun angguk..
selang antara saie iaitu dari safa ke marwah atau marwah ke safa.. aku cuba2 b'tanya org2 Indon, kot2 mrk tahu penginapan bibik & bole la bwk bibik ke sana. Hotel yg bibik menginap mmg blurr bg aku, tak tau nak ku katakan kat mana.. mmg tak tahu.. tapi satu jer, nasib baik bibik ada kad hotel, so mudah la sikit utk mencari nya nanti.
nampaknya org2 Indon ni mmg kurang sgt nak membantu, patutla bibik dah kata, org tak nak membantunya..

Bibik merayu pdku, jgn tinggalkan dia.. bibik kata, ibu baik sgt.. ibu tolong la ya.. kesian kan.?

Selesai bersaie, aku terus membawa bibik berjumpa hubby... aku ckp dgn hubby... ada org sesat sambil tunjuk bibik kat hubby.. hubby angguk jer... siap ckp.. nanti kita cari hotel nye bu...
bibik angguk.. hubby kata lepas solat asar aja coz dah dekat masuk waktu.. sebaik lepas solat kami pun mencari hotel bibik... peh! memang jauh sgt...dgn keadaan hubby yg belum bp sihat & panas cuaca nyer..
rasa longlai sgt kaki ni..

akhirnya.. bibik smpi ke hotelnya.. walaupun bibik tak dpt cam apa2 kawasan kelilingnya.. adus...
jenuh gak tanya pak arab yg sambil lewa je tunjuk sana sini.. alhamdulillah, bibik jumpa jugak hotelnya..
bibik terima kasih & nak bg duit pd hubby.. tp kami rejek, niat kami membantu shj.. janji bibik jumpa hotelnya..
Kenangan bersama Bibik Sunarti sebelum kami solat asar..


No comments:

Post a Comment