Thursday, 26 July 2012

Catatan Hari Ketiga 5 Julai (Mekah 1/2 Hari) -Umrah Pertama

Salam

15-Syaaban 1433H.

Setelah bersiap menaiki bas pd jam 2.30pm, bas bertolak ke Masjid Bir Ali iaitu tmpt miqat untuk penduduk Madinah untuk berniat ihram.

Perjalanan cuma 15 min shj. Setelah menunaikan solat tahyatul masjid, jemaah menaiki bas & mutawif memandu jemaah untuk berniat. Bagi jemaah perempuan, mutawif meminta kami mengikuti niat bersyarat supaya ada yg keluar haid atau halangan2 lain pd masa ihram maka boleh la terus bertahlu iaitu keluar dari ihram.


Lafaz Niat Bersyarat yang bermaksud:
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah swt, sekiranya aku terhalang oleh sesuatu, ketika itu aku menjadi halal”.


Sekiranya jemaah yang melakukan niat bersyarat ini terhalang daripada menyelesaikan pekerjaan umrah maka dengan sendirinya ia menjadi halal iaitu terlepas daripada ihramnya.

Selepas itu kami terus bertolak ke Makkah Mukarramh. Perjalanan mengambil masa 7-8 jam..
Masa ini mmg suspen sgt.. dgn keadaan dlm ihram, 13 pantang larang perlu dijaga, jika tidak akan dikenakan dam atau fidyah bergantung kpd kesalahan.

Dalam perjalanan ini, disunatkan bertalbiah shingga la smpi ke Mekah..  lafaz talbiah spt berikut...





Kami duduk tempat berasingan di dlm bas tp bersebelahan (JAGA PANTANG LARANG !!)

Pemandangan dikiri kanan hanya la padang pasir...

Talbiah dibaca  hingga tertidur...

Kami singgah makan di satu perhentian. Jemaah dihidangkan menu Nasi Mandy or Nasi Arab (aikkk awat kering je ni...) apa2 pun syukran! Kenyang, alhamdullilah.

Bas berhenti sehingga waktu maghrib tp ketika itu kami duduk dlm bas, tak pasti dimana surau & niat jama' shj... tp ada bbp org jemaah pergi solat termasuk hubby (tak bgtau pun...)
Hari ini juga Nifsu Syaaban, mutawif kami berpuasa.. jadi dia berbuka di waktu ini..



Tazkirah - Madinah Munawarrah


Salam

Semasa berada di Hotel, pihak agensi ada mengadakan tazkirah/ceramah kpd para jemaah untuk tambah ilmu 







Catatan Hari Ketiga 5 Julai (Madinah 1/2 Hari) Menyaksikan Payung Masjid Nabawi Dibuka

Salam,,
hari ini hari terakhir di Madinah, kami akan bertolak ke Mekah tepat pukul 2.30pm untuk melaksanakan umrah dan kami perlu bersiap2 dgn pakaian ihram

sungguh meriah di subuh ini.. ramai betul yg bersolat.. syukur!
Untuk terakhir kalinya, aku sempat mengambil gambar2 ini sbg kenangan.. utk kali terakhir solat diwaktu subuh ini, aku memilih utk solat di dataran sbb nak rakamkan saat payung masjid ni terbuka.. namun ramai yg terus balik lepas solat.. tp aku cuba utk tinggal kejap, baca quran or zikir.. kalau penat, aku lihat org keliling..muhasabah diri.. aku lihat ramai bangsa2 manusia di dunia ada disini... aku cuba memahami mereka.. ada yg senyum jika dipandang, aku seronok wp kalu nak bertanya apa2 ibarat ayam itik la jadinya..
Untuk tambah amalan kita, jika kita nmpk mereka itu spt org susah, wajarlah kita hulur2kan.. lagipun disini jika dilakukan, pahala berganda2... Tuhan je yg selayaknya membalas tp Insya Allah ada ganjaran buat kita. Tips jika nak bersedekah disini..  jgn beri depan2 org, ditakuti ramai pulak mengejar kita.. caranya, kita perhati dulu org yg nak dihulur, lihat keadaan mereka, kbykan mereka yg dari pakistan & bangladesh memang org susah2.. mereka ke sini menaiki kapal laut, ye la mrk dtg utk beribadat, tp mungkin mereka ni tak la berduit, kalo tgk keadaan mrk.. tidur pun dikaki lima bangunan atau kalau dibenar, dikawasan masjid ini sendiri.. makan pun beramai2, sama2 mencicah roti/capati.. mau menangis, insaf sekejap dibanding kemewahan yg kita dapat, syukur kerana kita tidak spt mrk..

Ok cara utk memberi duit (jumlah ikut la masing2.. kalo rasa lebih kesian beri lah dlm 10riyal.. kalo tak pun 5riyal.. plg2 pun, tgk je baki 1riyal kita... hulur je, walau sedikit), target  dulu org yg kita nak beri tu.. then tgk je pergerakkan dia.. bila dia bangun dr solat, capai tangannya dr arah belakang, antara dia sedar or tak sedar.. masukkan duit tu & tutup tangan dia.. automatik tangan dia akan genggam jika terasa sesuatu, kita perlu terus berlalu, jgn pandang2 da.. insya Allah, niat kita diberkati & dilimpahi pahala.. Amin..

Ada sorg tua pakistan yg aku jumpa, senyum kpd ku semasa aku mencelah utk solat berdekatan nye.. dia tanya "Indonesia?" aku geleng "Malaysia" jawab ku, dia senyum lagi, dia dlm group org2 pakistan la kot.. so itu la target aku seterusnya... bila dia bangun aku cuit tangannya perlahan, tanpa sape2 nmpk.. aku hulurkan 10riyal.. muka org tua tu nmpk t'kejut, namun mengenggam kuat duit yg ku beri.. seolah2 terkejut.. lepas tu dia asyik tenung aku jer.. tp aku selamba, hingga abis solat aku terus jalan.. tak pandang2 dia langsung..
harap dia dpt manfaat dari pemberian ikhlas ku itu...

 Indah kan suasana di Masjid Nabawi.. aku amat merindui saat2 ini.. walaupun hanya berada di dataran, aku pilih utk duduk di satu sudut (biasanya tiang).. niat beriktikaf, beri salam kpd Nabi saw & sterusnya aku berdoa byk2 sambil aku luahkan apa shj yg terbuku dihati ku.. peh lega! aku rasa dekat dgn Nabi saw, berada di masjid baginda.. kerana aku tahu Nabi saw hidup walaup baginda telah meninggalkan kita.. Hadis Nabi saw "Sesungguhnya roh2 para nabi itu hidup, walaupun telah meninggal dunia"  Waallahualam..



 

Ini la saat2 payung dibuka... perhatikan gambar dibawah satu per satu bagaimana payung2 itu terbuka.. sungguh indah...









Ok, dah saksikan... alhamdulillah.. aku melangkah balik seorang diri..
diMadinah aku mmg berseorangan jika balik ke hotel coz bahagian muslimin & muslimat terpisah so terpaksa la berpisah, kalau berjanji dgn hubby di KFC untuk bertemu, ada je halangan.. masing2 tak sabar menunggu.. namun jarak hotel amat lah dekat.. cuma 100m jer.. so tak lah takut, lagipun ramai org di kawasan ini

Ini suasana di sekitar masjid... di hadapan masjida ada bangunan jam..
 Seronok melihat burung2 merpati dipagi hari...

 Aku ambil gambar ini sebab... dibelakang ku la perumahan penduduk2 madinah.. nampak macam suasana kekampungan.. cantik !
 Ini la hotel kami, Hotel Durat Al Fairoz..
Ketika aku ambil gambar2 ni, sorg minah arab menyapa aku... dia ckp arab.. tp aku rasa aku faham la kot.. dia kata pergilah ambil gambar di Masjid, lagi cantik suasananyer.. hehehe...
Iya la tu.. aku dah awal2 selamat mengambil gambar...


Ya Allah, ampunila dosa hamba ini, andai aku melampaui batas & mempunyai ilmu yg cetek.. Tunjukilah aku jalan Mu.. Amin!

Catatan Hari Kedua 4 Julai (Madinah - Ziarah Luar - Jabal Uhud)

Salam

Sebenarnya program ke Jabal Uhud sebelum kami ke Pasar Kurma,


 Kelihatan di belakang deretan bukit2 di kawasan Bukit@Jabal Uhud..
Sempat gak kami berposing...

 Ini ialah perkuburan para syuhada yg mati syahid ketika peperangan ini.. tak bole masuk ke dalam tp amik gambar dr celah lubang yg dah terkopak.. tak ada apa2 pun, kosong je tanpa batu nisan.
Adapun perkuburan ini bukan yg asal, sebenarnya ia terletak tak jauh dari situ tp disebabkan banjir maka dipindahkan ke lokasi baru. Semasa banjir ini lah jasad Saidina Hamzah (bapa saudara kpd Nabi saw yg mati syahid ketika peperangan Uhud ini) masih lagi didapati elok...kisah Saidina Hamzah yg mati syahid dimana perutnya dibelah & hatinya di makan mentah.. sila google utk cerita yg lengkap..


Ada sejarah atau perjalanan peperangan ini dilukis & diletak disatu ruang berdekatan kubur para syuhada.

Wednesday, 25 July 2012

Catatan Hari Kedua 4 Julai (Madinah - Ziarah Luar - Ladang & Pasar Kurma)

Salam

kali ini aku nak menyambung kisah hari ke 2, program ziarah luar.. selepas masjid Quba kami melalui Masjid Qiblatain... Mutawif bertanya jika kami nak berhenti, tp pertanyaan mcm tak nak berhenti.. semua dlm bas diam jer.. so tak payah la, tgk dr luar bas jer..

Kisah Masjid Qiblatain iaitu Masjid 2 kiblat ialah di mana Nabi saw mendpt wahyu ketika di raakat ke-2 solat zuhur utk menukar arah kiblat dari Masjid Aqsa ke Masjidil Haram. Allah merestui permintaan Nabi saw yg memang ingin berkiblat ke arah Masjidil Haram. Maka ketika itu, Nabi saw telah berpusing 180 darjah & menghadap ke Masjidil Haram, kemudian sahabayt2 Nabi saw juga mengikuti baginda.

Gambar tak de coz dlm bas, malas nak snap2 dr dlm.

Destinasi seterusnya ialah.. Ladang Kurma.. disini ada pelbagai jenis kurma, customer boleh megetest seberapa byk buah kurma
Kelihatan pekerja sedang mengait buah kurma


 Pokok kurma, sebijik mcm pokok kelapa sawit..  kurma akan masak pada musim panas, pd masa ini la kurma2 sedang masak di pokok









Bila penat pusing2 boleh minum teh sambil rehat2 di sofa yg disediakan...

Disini kami cuma membeli kurma ajwa & kismis (pesanan org).. kurma ajwa 100 riyal per kilo, manakala kismis kuning 30 riyal per kilo.


Akhirnya kami dibawa ke Pasar Kurma pula, kami rasa harga kurma disini agak murah berbanding dgn Ladang Kurma, kami membeli 2 kilo lagi kurma ajwa dgn harga 70 riyal per kilo, lain2 kami beli kacang cerdik & badam.. tiap satu 30 riyal per kilo.




Friday, 20 July 2012

Catatan Hari Kedua 4 Julai (Madinah - Ziarah Luar - Masjid Quba)

Salam..  Pada hari ke-2 di Madinah, kami telah dibawa melawat ke Masjid Quba.. Masjid yg pertama sekali didirikan di Madinah.. Mutawif berpesan  mengambil wudhu dahulu sebelum ke sini, kerana hadis Nabi menyatakan jika kita bersolat disini & berwudhu dr tempat tinggal, maka akan dapat pahala umrah.
Fadhilat bagi sesiapa yang bersolat di masjid ini dan salah satunya menurut Ahmad, Ibnu Majah, An-Nasaie dan Al-Hakim, Rasullullah bersabda : "Barangsiapa mengambil wudu’ dirumahnya, dengan sebaik-baik wudu’, dan pergi ke Masjid Quba’ untuk bersolat, maka pahalanya seperti pahala umrah".

Selesai shj bersolat sunat tahyatal masjid & sunat duha, aku b'doa.. syukur kerana dpt berada di sini, masjid yg dibina dgn ketaqwaan. Aku terharu & b'doa sambil menangis diketika itu, aku bayangkan saat2 nabi berada di masjid ini.

Masjid Quba

Satu kisah misteri aku alami disini... ketika aku turun tangga setelah selesai solat & ambil gambar (bahagian muslimat kena naik tangga) aku didatangi oleh sorg budak perempuan kecil berbangsa arab memakai jubah hitam & tidak bertudung (umur dlm 7-8 thn). Aku menepis2 dia, krn kusangkakan dia nak minta sedekah.. takut kalo aku bg duit, ramai lak yg dtg nanti.. so aku tepis2 & aku bg signal yg aku tak nak layan.. adus! budak itu masih dtg juga pdku.. tiba2 ada sorg perempuan aku rasa dr group ku juga memberinya duit... ah! aku rasa lega sbb mesti budak itu pergi..
kesudahnya aku masih dikejar juga, rimas aku, aku jln laju2 melewati kawasan muslimin utk ke bas.. tp aduh!masih dikejar jugak oleh bdk itu.. sehingga lah aku smpi ke satu kawsan lengang berdekatan dgn basku.. aku berhenti & dgn bahasa isyarat aku tanya, apa sebenarnya dia nak.. budak tu tunjuk ke arah tudung ku.. aku tak faham, aku tanya lagi sambil tangan beri isyarat, apa? budak itu tujuk tudung ku.. Oooo baru ku tahu, dia berminat dgn brooch di tudung ku, yg ku pakai di bawah leher ni... adus.. aku terus memberi bahasa isyarat... ini ke? dia angguk...  laa.. kalo brooch tu ku tanggalkan utk beri kpdnya.. harus terkeluar rambut2 ku ni nanti, aku pakai utk ketatkan tudung tu dibahagian leher..
tiba2... haaa baru ku perasaan yg aku ada membaca satu biji brooch lg dlm beg sandang ku.. oh! nasib baik.. aku tanya kpdnya, mau ke yg ini, sambil tunjuk brooch tersebut.. dia angguk & nmpk riak mukanya dia amat gembira apabila aku menyerahkan brooch tersebut.. sungguh terharu aku melihatnya... dia terus berlalu & pergi.. aku melihatnya hingga ia hilang dr pandangan.. dia memasuki semula ruang masjid & terus lenyap dlm ramai2 org disitu..
Aku rasa lega kerana dpt memenuhi permintaan budak itu..

Aku teruskan perjalanan menuju ke bas & sempat membeli buah zuriat spt yg dipesan bbp kawan disini. Sewaktu aku tanya bp harga buah zuriat tersebut, perempuan yg menjual itu cakap bhs arab.. adus, tiba2 ank lelakinya muncul & memberi tahu.. 1 riyal 3 biji.. wah! nasib baik, so aku mtk utk beli 5 riyal, dpt la 15 biji. pandai betul anaknya ckp bhs melayu, aku tanya dimana belajar, dia terdiam.. agaknya bbp patah perkataan melayu je yg dia tahu, aku tolong jwpkan.. belajar sendiri2 ye.. bdk lelaki itu jawap "ye" smbil tersengih

Masuk ke dlm bas, aku pun cerita kisah budak perempuan tersebut kpd hubby... dia tanya "bagi ke tak brooch tu?", aku ckp selamba jer,"aah bagi".. coz mmg ada rasa kesian kat bdk tu yg mengejar aku semata2 nak brooch.. ala brooch bukan mahal pun, beli di mydin RM5 dpt 12biji..

tiba2 hubby ckp "ntah2 malaikat tak? dia nak uji kita.." aiiikkkkkk mungkin jugak kan????ini kan masjid & ada logiknya... lagipun ini bumi barakah, apa2 pun boleh jadi..
waallahualam.. ttp mmg misteri bgku, namun ini kenangan plg manis bg aku wp bdk itu manusia sebenar, tp seharusnya kita mmg perlu ada perasaan belas kasihan..

KKdg bila ku fikir semula.. mungkin Allah nak beri ku lebih pahala, itupun jika aku beri brooch tu kpd bdk perempuan.. so mmg ni pun ujian buat aku sebenarnya.. Waallahualam..
Aku berserah, andai benar, aku harap aku dah buat yg terbaik... Moga Kau menerima hamba ini Ya Allah!!

di tangga ini kah budak perempuan itu nampak ku????

Gambar terakhir slps jumpa bdk peremuan itu..







Catatan Hari Pertama 3 Julai (Madinah - Aktiviti Petang)

 Waktu Solat di Madinah, suhu 28C? ye la.. dlm aircond.. hehehe




Petang kami ikut mutawif, katanya ada tmpt shopping yg murah..
Borong jubah lelaki & perempuan disini... mahal jugak ye..


Wednesday, 18 July 2012

Catatan Hari Pertama 3 Julai (Madinah - Raudhah) II

Salam

~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~

Raudhah adalah sebuah kawasan yang terletak di antara rumah Nabi SAW iaitu Hujrah Siti Aisyah dan mimbar syarif. Raudhah dinamakan demikian kerana sebagaimana tersebut dalam hadis shahih : " Apa yang berada antara rumahku dan mimberku adalah Raudhah ( taman ) dari taman-taman syurga - Hadis riwayat Bukhari.

Sambil menunggu giliran negara Asia memasuki Raudhah, aku telah melihat berbagai2 kerenah.. kedengaran mutawif Indon giat memberi penerangan kpd kumpulan beliau dgn suara lantang, khusyuk jemaah2nya mendengar..
Seolah2 sorg panglima di zaman perang, semua asyik mendengar arahan panglima mereka supaya tercapai matlamat kemenangan mereka.

Satu yg aku puji bg org2 Indon ini.. mereka terlalu bergantung penuh kpd mutawif serta yakin & ikut arahan sepenuhnya.

Mutawif kami menyuruh bykan selawat tamam (sempurna) iaitu selawat keatas Rasulullah & Nabi Ibrahim, jd hatiku ini tak lepas2 dr berselawat & b'doa agar aku dpt peluang memasuki Raudhah.. Aku mohon Allah beri ku rezeki utk berada di taman syurga itu.. aku teringin sgt & aku mahu tergolong dr org2 yg berjaya. Hati ku pd masa itu sentiasa b'selawat & b'doa shj agar aku berjaya.

Sementara itu, dikeliling kami, kedengaran guard perempuan memarahi jemaah2 yg tak ikut peraturan do sana sini.. Akhirnya kami diminta bangun. Kami dr M'sia & Indon pun bangun & diminta menuju ke Raudhah..
Tiba2........... Ya Allah, begini kah caranya ?
Terasa himpitan, tolakan & ucapan Ya Allah, Ya Allah dr org keliling ku.. sedar2 aku berada dlm kumpulan jemaah Indon kerana aku mengikut arus tolakan tersebut. Nampak mereka punya semangat tinggi, aku pun terus b'semangat.. doa & selawat berterusan... aku tak akan lepaskan peluang ini, ya Allah.. permudahkan aku..

Sedar tak sedar, semasa tolak menolak.. himpit menghimpit.. aku telah berpijak di karpet hijau & sudah begitu jauh rupanya... Oh! aku sudah sampai rupanya, mudah juga bgku... syukur..
Aku kedepan sikit, cari ruang solat... aku solat duha 2 raakat & 2 rakaat solat hajat..selepas salam, aku luahkan segala hajat2 yg terpendam.
Ya! alhamdullilah, di Raudhah ini... aku telah sampai &  mohon doa kpd Allah, Rasa syukur yg teramat sgt.. air mata ku mengalir... syukur kerana dpt juga berada disini & b'doa...
Aku tahu, jika kita yakin, kita usaha & niat semata2 m'dpt keredhaan nya, pasti Allah tunaikan hajat ini.

Selesai shj berdoa, aku lihat org semakin menolak2.. aku redha & perlu melangkah keluar utk bg ruang kpd org lain, kaki melangkah dgn susah kerana sesak & aku hati2 takut terkena org yg sedang solat. Akhirnya aku keluar jua dr Raudhah... aku mencari2 group dr Andalusia... malang nya, aku lihat mereka semua masih duduk & belum dpt peluang masuk ke Raudhah..
sungguh sabarnya mereka !!!
aku pergi & duduk bersama mereka, menyatakan yg aku sudah masuk & selesai.. mutawif kata bole join sekali lagi...
ye ke? ya Allah, syukur... dpt peluang kali ke-2
mutawif tanya, bila aku dpt masuk? aku kata sedar2 aku dlm group Indon.. ditolak2, dan mungkin itu rezeki saya.. mutawif kata, ya la tu.. pelik juga dia dgn aku.. tp mmg dia pesan, kalau kita muda, kita boleh berasak2 sikit.. so aku dlm kategori muda??? hehehe

Utk kali ke-2, kurang org bersesak2 yg masuk ke Raudhah tp masih ada yg tidak mahu keluar menyebabkan tak ada ruang utk solat.. aku cuba mencari ruang, apabila nampak ruang. aku ajak group ku solat terus tak perlu cari smpi ke depan.. ada yg ikut.. ada yg masih nak ke depan.. terpulang, alhamdullilah dpt solat 2 raakat lg & b'doa sedikit..
aku terus tinggalkan Raudhah & mencari ruang2 lain dlm Masjid Nabawi utk mengaji sebentar..

Aku pun pulang ke hotel, hubby sudah menunggu ku di lobby hotel.

Gambar dibawah hubby amik ialah kubah hijau di mana makam nabi berada...







Nota - hadis2 didapati dari jln2 blog org.. semoga mereka mdpt byk pahala dr copy paste ini.. Amin

Catatan Hari Pertama 3 Julai (Madinah - Ziarah Dalam) I

Salam

~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~

Hari Pertama di Madinah, mutawif telah meminta kami berkumpul 6.30pg (waktu Madinah) di lobby hotel untuk ziarah di Masjid Nabawi.

Sebelum itu, kami telah solat subuh di Masjid Nabawi..pertama kali memasuki pintu bahagian muslimat di masjid tersebut, aku nampak org2 semua beratur... so aku just follow, tiba2 aku t'ingat spt yg aku baca sebelum ini, di bahagian solat muslimat tidak dibenarkan membawa handset berkamera & kamera. Ia adalah barang larangan..
Guard perempuan akan memastikan beg2 yg dibawa masuk tidak mengandungi brg2 tersebut... jika tidak, dgn marah beliau akan menyuruh keluar "Harammmm!!!" katanya.. peh begitu garang guard2 ini, walaupun cuma nmpk mata shj kerana mereka berpakaian hitam jubah labuh berserta purdah shj..

Pernah juga dia berkata "Ikhlas! Ikhlas", apa yg aku faham dr maksud guard itu yg kita mesti la jujur..

Akur dgn keadaan itu, aku mengundur & mengambil ruang solat di dataran, kerana semua kamera & handphone ada aku sumbat dlm beg kecik andalusia ku yg ku bawa sekali dgn Al-Quran & brg2 lain kerana masih ragu2 menyimpannya di hotel..

Apa2 pun, rasa aman & tenang bersolat disini walaupun di dataran yg beratapkan langit luas ciptaan Allah swt.. Yg pasti, aku gembira kerana ramai org Islam bersama2 mengejar matlamat yg satu iaitu menuju keredhaanNya..

Awal2nya memang dah diduga, pd bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan adalah bulan2 beribadat  terutama di Masjid Nabawi & Masjidil Haram.. org2 Arab akan bercuti 3 bln tersebut  kerana musim panas dan menumpukan utk beribadat.. maka tidak hairan la, seluruh ahli keluarga akan berkampung di dalam masjid termasuk baby & berbagai peringkat manusa.

Psikologinya, aku seronok beribadat beramai2... seakan2 dpt merasakan penyatuan manusia berbagai bangsa & negara kerana satu agama iaitu Islam yg benar.

Habis solat, kami jumpa di tmpt pertemuan yg dijanjikan iaitu KFC yg berdekatan shj dgn masjid.

Selepas sarapan, bersiap pula utk ziarah dalaman...

Kami dibawa ke Perkuburan Baqi' tapi tempat ini hanya lelaki shj dibenarkan masuk. Mutawif menerangkan perkuburan ini adalah tempat para syuhada, isteri2 nabi termasuk Siti Aishah & sahabat nabi dikebumikan.
Kami diminta berdoa utk roh2 para syuhada dan lain2 mengikut susunan (boleh rujuk buku panduan).

Selepas itu kami ditunjukkan di bawah kubah hijau di Masjid Nabawi itu lah terletaknya Makam Rasulullah s.aw. Baginda saw bersabda: "Barangsiapa pernah menziarahi kuburku, maka wajib baginya mendapat syafaatku.." HR Dar Qathni-Sohih.

Seterusnya jemaah lelaki & perempuan dipecahkan kerana jemaah lelaki akan masuk ke Perkuburan Baqi' manakala jemaah perempuan akan memasuk Masjidil Haram & melalui makam Rasulullah saw & akhirnya ke Raudhah iaitu salah satu taman2 yg berada di syurga. Ia ada rumah Rasulullah & Siti Aishah, kawasan yg terlibat ialah diatas karpet hijau. Selain dari situ, semua lantai berkarpet merah.


Perkuburan Baqi' yg diambil oleh hubby :











Mutawif meminta kami mengambil wudhu sblm masuk ke masjid, berdoa masuk ke masjid & salam ke atas Rasulullah kerana di dlm kubah hijau dlm masjid nabawi ini la terletak makam Rasulullah. Malangnya perempuan tak dibenarkan masuk tetapi kata mutawaif lagi Rasulullah tahu yg kita menziarahinya, dan apa2 ucapan & doa kita, Rasulullah akan mendengarnya walau di mana2 ruang dlm masjid ini.

Di satu ruang, mutawif menyuruh kami berniat iktikaf di dlm masjid, terus solat tahyatul masjid & solat duha, dan seterusnya perjalanan ke Raudhah. Raudhah hanya dibuka utk muslimat pd waktu tertentu shj, waktu pagi masanya dari 9-10.30am & perlu mengikut giliran negara masing2.
10.30am ialah waktu utk negara Asia termasuk M'sia & Indon. Semasa menunggu, mutawif menyuruh kami solat duha 2 raakat & diikuti solat hajat 2 raakat ketika di Raudhah nanti... minta la apa pun doa & hajat kerana Raudhah ada tempat mustajab doa. Ia ! ini la masa yg aku tunggu... Ya Allah! aku tak akan lepaskan peluang ini..
Permudahkan la urusan aku.
Semasa menunggu, aku mendengar guard arab perempuan, menjerit2 minta2 jemaah mengikut peraturan & arahan beliau, ini kerana tempat ini dah jd spt ruang rebutan (smpi tahap tidak memperdulikan org lain, janji aku dpt.. wahal afdal ke begini? adakah Allah menyukai keadaan ini? desparate sgt nak berdoa & makbul pdhal dimana2 shj bole doa.. kerana Allah itu Maha Mendengar) pelik dgn manusia2 ini.. kbykan dr negara2 arab juga smpi tiang & dinding pun disentuh &didoa nya..