Monday, 16 July 2012

Catatan Hari Bertolak 2 Julai; Flight @3pm, Isnin

Salam

Sebelum bertolak ke KLIA, kami mendirikan solat sunat musafir.. Kami dihantar oleh K.Yam & suami (pengasuh anak2 ku yg baik hati) ke KLIA.

Setiba di platform yg di beritahu oleh pihak Andalusia utk berkumpul @ 12pm, kami dapati telah ramai yg sampai. Rombongan kami adalah seramai 52 org.





Anak2 yg kutinggalkan kepada K.Yam


Selesai mendaftar, kami diberi tag nama & sedikit makanan & cenderhati. Beg kami ditanda supaya senang dikenalpasti dr Anadalusia.
Tepat pukul 1pm, kami diminta berkumpul utk taklimat di suatu ruang sebelum memasuki kastam & imigresen. Saat ini kami berpisah dgn anak2.. dgn harapan diserahkan pd K.Yam.

Dalam taklimat, wakil Andalusia memberikan maklumat awal & meminta jemaah berhati2 selalu dlm semua keadaan ketika disana. Pastikan memakai tag Andalusia supaya mudah dikenalpasti.

Kami melalui kastam & imigresen dan akhirnya kami perlu menunggu kapal terbang pula. Kami solat zuhur & jama' ta'dim solat asar sekali.


Hubby mula terasa lapar.. kami sempat makan di A&W, KLIA iaitu set burger meal utk menghilangkan rasa lapar.

Kami menaiki kapal terbang Saudi Arabian Airlines jam 3.00pm (masa sebenar bertolak 3.15pm) ke Madinah, kapal terbang juga akan transit di Riyadh selama sejam.


Puashati  dgn service dari SV, dalam kapal terbang ada monitor/touchscreen yg menyediakan berbagai2 infomasi & hibura. Info penerbangan juga boleh dipapar, spt berapa lama lg penerbangan, estimate time to destination dan macam2 lagi termasuk speed & suhu cuaca diluar.


Penerbangan kami ini hampir nak sampai di Riyadh..

dan akhirnya... di Lapangan Terbang Riyadh


Sempat posing2 coz 1 jam masa menunggu..




Masa ini telah hampir maghrib.. 6.40pm waktu Riyadh, transit hingga 7.40pm. Kami menjamakkan waktu Maghrib ke Isya' (Jama' Takhir).

Kami sampai di Lapangan Terbang Madinah pd pukul 8.40pm.. tak ada gambar lepas ni, sebab perasaan dah berdebar2... suspen & terkedu kejap..
Pertama kali, sebaik mengeluarkan kaki ku dr kapal terbang.. sudah terasa bahang cuaca bumi Madinah, yg katanya dlm 46C.. redho je la.. (aku rasa mcm bahang oven sewaktu keluarkan kek dari oven je)

Melalui saat2 di kastam & imigresen disini memang la menguju kesabaran...
mula2 disuruh kami beratur, sesudah beratur disuruh asing2 dr lelaki & perempuan walaupun kami cakap, ikut mahram masing2 tp pak arab imigresen terjerit2 suruh kami asing2 juga... ikutkan je la kan
sudahnya jemaah lelaki mendahului kami coz jemaah perempuan lebih ramai..
Sesudah mendapatkan beg masing2, kami keluar dr terminal & telah mendengar wakil Andalusia menjerit2 "Andalusia! disni, Andalusia! disini"
Senang hati kami, dah jumpa terus dgn mutawif.. kami diminta jln terus & menaiki bas yg dah sedia menunggu. Ada 2 bas utk 52 org jemaah.




No comments:

Post a Comment