Monday, 16 July 2012

Catatan Hari Ketibaan Di Madinah 2 Julai 8.30pm

Salam

sampai sahaja dia Madinah Airport, mutawif dari Andalusia telah menyambut kedatangan kami & meminta menaiki bas..
mutawif memperkenalkan diri, beliau sorang pelajar di Universiti Madinah sudah 1 1/2 thn pengajian
Beliau menyambut kami dgn kata alu2an & mengelar kami sebagai Penziarah Makam Rasulullah. Perjalanan memakan masa 30 min. Beliau juga memberitahu jarak hotel & masjid nabawi cuma beberapa meter sahaja.

Beliau memandu kami dgn Doa Musafir dan meminta kami bersalawat ke atas Nabi.kerana seperti Hadis Nabi "Roh Nabi2 itu hidup walaupun jasad beliau telah tiada". Beliau kata, kita kena menganggap yg Rasulullah itu hidup & mendengar salam & ucapan kita.

Beliau juga memberi sedikit info berkenaan bumi Madinah yg barakah ini iaitu bagaimana Nabi saw setelah diusir oleh puak2 kafir Mekah dan telah disambut baik oleh golongan Ansar di Madinah yg benar2 dahagakan dakwah Rasulullah saw.
Kerana kebaikan org2 Madinah ini, Nabi telah berdoa supaya bumi Madinah ini barakah & subur.

Seelok sampai di Hotel Durrat AL Fayroz, kami check-in.. dugaan pertama buat kami.. kunci bilik kami tak boleh dikunci menyebabkan kami tak boleh keluar.. kami meminta pekerja hotel membaiki.. sehingga la pukul 11mlm,
kami diminta tukar ke bilik lain..

ini bilik yg mula2..






akhirnya dlm pukul 12mlm, setelah selesai berkenaan bilik baru, perasaan kami meronta2 untuk pergi ke masjid nabi.. kami melangkah ke Masjid Nabawi ber2 dgn m'dpt sedikit panduan arah dr mereka yg sampai dahulu..




Rupa2nya masjid telah ditutup sejak 11mlm lagi, tapi kami nmpk ramai org2 yg tidur di dataran masjid.. nampak mcm org yg tak ada hotel yg kebykan dr Pakistan, Bangladesh dan India.

Kami solat tahyatal masjid & solat mahgrib & isya' jamak di dataran ini shj..



Di waktu malam ini juga, pekerja2 masjid membersihkan dataran... kelihatan mereka menggunakan kenderaan ini utk mengelap lantai dataran masjid..

No comments:

Post a Comment