Salam
~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~
Hari Pertama di Madinah, mutawif telah meminta kami berkumpul 6.30pg (waktu Madinah) di lobby hotel untuk ziarah di Masjid Nabawi.
Sebelum itu, kami telah solat subuh di Masjid Nabawi..pertama kali memasuki pintu bahagian muslimat di masjid tersebut, aku nampak org2 semua beratur... so aku just follow, tiba2 aku t'ingat spt yg aku baca sebelum ini, di bahagian solat muslimat tidak dibenarkan membawa handset berkamera & kamera. Ia adalah barang larangan..
Guard perempuan akan memastikan beg2 yg dibawa masuk tidak mengandungi brg2 tersebut... jika tidak, dgn marah beliau akan menyuruh keluar "Harammmm!!!" katanya.. peh begitu garang guard2 ini, walaupun cuma nmpk mata shj kerana mereka berpakaian hitam jubah labuh berserta purdah shj..
Pernah juga dia berkata "Ikhlas! Ikhlas", apa yg aku faham dr maksud guard itu yg kita mesti la jujur..
Akur dgn keadaan itu, aku mengundur & mengambil ruang solat di dataran, kerana semua kamera & handphone ada aku sumbat dlm beg kecik andalusia ku yg ku bawa sekali dgn Al-Quran & brg2 lain kerana masih ragu2 menyimpannya di hotel..
Apa2 pun, rasa aman & tenang bersolat disini walaupun di dataran yg beratapkan langit luas ciptaan Allah swt.. Yg pasti, aku gembira kerana ramai org Islam bersama2 mengejar matlamat yg satu iaitu menuju keredhaanNya..
Awal2nya memang dah diduga, pd bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan adalah bulan2 beribadat terutama di Masjid Nabawi & Masjidil Haram.. org2 Arab akan bercuti 3 bln tersebut kerana musim panas dan menumpukan utk beribadat.. maka tidak hairan la, seluruh ahli keluarga akan berkampung di dalam masjid termasuk baby & berbagai peringkat manusa.
Psikologinya, aku seronok beribadat beramai2... seakan2 dpt merasakan penyatuan manusia berbagai bangsa & negara kerana satu agama iaitu Islam yg benar.
Habis solat, kami jumpa di tmpt pertemuan yg dijanjikan iaitu KFC yg berdekatan shj dgn masjid.
Selepas sarapan, bersiap pula utk ziarah dalaman...
Kami dibawa ke Perkuburan Baqi' tapi tempat ini hanya lelaki shj dibenarkan masuk. Mutawif menerangkan perkuburan ini adalah tempat para syuhada, isteri2 nabi termasuk Siti Aishah & sahabat nabi dikebumikan.
Kami diminta berdoa utk roh2 para syuhada dan lain2 mengikut susunan (boleh rujuk buku panduan).
Selepas itu kami ditunjukkan di bawah kubah hijau di Masjid Nabawi itu lah terletaknya Makam Rasulullah s.aw. Baginda saw bersabda: "Barangsiapa pernah menziarahi kuburku, maka wajib baginya mendapat syafaatku.." HR Dar Qathni-Sohih.
Seterusnya jemaah lelaki & perempuan dipecahkan kerana jemaah lelaki akan masuk ke Perkuburan Baqi' manakala jemaah perempuan akan memasuk Masjidil Haram & melalui makam Rasulullah saw & akhirnya ke Raudhah iaitu salah satu taman2 yg berada di syurga. Ia ada rumah Rasulullah & Siti Aishah, kawasan yg terlibat ialah diatas karpet hijau. Selain dari situ, semua lantai berkarpet merah.
Perkuburan Baqi' yg diambil oleh hubby :
Mutawif meminta kami mengambil wudhu sblm masuk ke masjid, berdoa masuk ke masjid & salam ke atas Rasulullah kerana di dlm kubah hijau dlm masjid nabawi ini la terletak makam Rasulullah. Malangnya perempuan tak dibenarkan masuk tetapi kata mutawaif lagi Rasulullah tahu yg kita menziarahinya, dan apa2 ucapan & doa kita, Rasulullah akan mendengarnya walau di mana2 ruang dlm masjid ini.
Di satu ruang, mutawif menyuruh kami berniat iktikaf di dlm masjid, terus solat tahyatul masjid & solat duha, dan seterusnya perjalanan ke Raudhah. Raudhah hanya dibuka utk muslimat pd waktu tertentu shj, waktu pagi masanya dari 9-10.30am & perlu mengikut giliran negara masing2.
10.30am ialah waktu utk negara Asia termasuk M'sia & Indon. Semasa menunggu, mutawif menyuruh kami solat duha 2 raakat & diikuti solat hajat 2 raakat ketika di Raudhah nanti... minta la apa pun doa & hajat kerana Raudhah ada tempat mustajab doa. Ia ! ini la masa yg aku tunggu... Ya Allah! aku tak akan lepaskan peluang ini..
Permudahkan la urusan aku.
Semasa menunggu, aku mendengar guard arab perempuan, menjerit2 minta2 jemaah mengikut peraturan & arahan beliau, ini kerana tempat ini dah jd spt ruang rebutan (smpi tahap tidak memperdulikan org lain, janji aku dpt.. wahal afdal ke begini? adakah Allah menyukai keadaan ini? desparate sgt nak berdoa & makbul pdhal dimana2 shj bole doa.. kerana Allah itu Maha Mendengar) pelik dgn manusia2 ini.. kbykan dr negara2 arab juga smpi tiang & dinding pun disentuh &didoa nya..
No comments:
Post a Comment