15-Syaaban 1433H.
Setelah bersiap menaiki bas pd jam 2.30pm, bas bertolak ke Masjid Bir Ali iaitu tmpt miqat untuk penduduk Madinah untuk berniat ihram.
Perjalanan cuma 15 min shj. Setelah menunaikan solat tahyatul masjid, jemaah menaiki bas & mutawif memandu jemaah untuk berniat. Bagi jemaah perempuan, mutawif meminta kami mengikuti niat bersyarat supaya ada yg keluar haid atau halangan2 lain pd masa ihram maka boleh la terus bertahlu iaitu keluar dari ihram.
Lafaz Niat Bersyarat yang bermaksud:
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah swt, sekiranya aku terhalang oleh sesuatu, ketika itu aku menjadi halal”.
Sekiranya jemaah yang melakukan niat bersyarat ini terhalang daripada menyelesaikan pekerjaan umrah maka dengan sendirinya ia menjadi halal iaitu terlepas daripada ihramnya.
Selepas itu kami terus bertolak ke Makkah Mukarramh. Perjalanan mengambil masa 7-8 jam..
Masa ini mmg suspen sgt.. dgn keadaan dlm ihram, 13 pantang larang perlu dijaga, jika tidak akan dikenakan dam atau fidyah bergantung kpd kesalahan.
Dalam perjalanan ini, disunatkan bertalbiah shingga la smpi ke Mekah.. lafaz talbiah spt berikut...
Pemandangan dikiri kanan hanya la padang pasir...
Talbiah dibaca hingga tertidur...
Kami singgah makan di satu perhentian. Jemaah dihidangkan menu Nasi Mandy or Nasi Arab (aikkk awat kering je ni...) apa2 pun syukran! Kenyang, alhamdullilah.
Bas berhenti sehingga waktu maghrib tp ketika itu kami duduk dlm bas, tak pasti dimana surau & niat jama' shj... tp ada bbp org jemaah pergi solat termasuk hubby (tak bgtau pun...)
Hari ini juga Nifsu Syaaban, mutawif kami berpuasa.. jadi dia berbuka di waktu ini..
No comments:
Post a Comment