Friday, 20 July 2012

Catatan Hari Kedua 4 Julai (Madinah - Ziarah Luar - Masjid Quba)

Salam..  Pada hari ke-2 di Madinah, kami telah dibawa melawat ke Masjid Quba.. Masjid yg pertama sekali didirikan di Madinah.. Mutawif berpesan  mengambil wudhu dahulu sebelum ke sini, kerana hadis Nabi menyatakan jika kita bersolat disini & berwudhu dr tempat tinggal, maka akan dapat pahala umrah.
Fadhilat bagi sesiapa yang bersolat di masjid ini dan salah satunya menurut Ahmad, Ibnu Majah, An-Nasaie dan Al-Hakim, Rasullullah bersabda : "Barangsiapa mengambil wudu’ dirumahnya, dengan sebaik-baik wudu’, dan pergi ke Masjid Quba’ untuk bersolat, maka pahalanya seperti pahala umrah".

Selesai shj bersolat sunat tahyatal masjid & sunat duha, aku b'doa.. syukur kerana dpt berada di sini, masjid yg dibina dgn ketaqwaan. Aku terharu & b'doa sambil menangis diketika itu, aku bayangkan saat2 nabi berada di masjid ini.

Masjid Quba

Satu kisah misteri aku alami disini... ketika aku turun tangga setelah selesai solat & ambil gambar (bahagian muslimat kena naik tangga) aku didatangi oleh sorg budak perempuan kecil berbangsa arab memakai jubah hitam & tidak bertudung (umur dlm 7-8 thn). Aku menepis2 dia, krn kusangkakan dia nak minta sedekah.. takut kalo aku bg duit, ramai lak yg dtg nanti.. so aku tepis2 & aku bg signal yg aku tak nak layan.. adus! budak itu masih dtg juga pdku.. tiba2 ada sorg perempuan aku rasa dr group ku juga memberinya duit... ah! aku rasa lega sbb mesti budak itu pergi..
kesudahnya aku masih dikejar juga, rimas aku, aku jln laju2 melewati kawasan muslimin utk ke bas.. tp aduh!masih dikejar jugak oleh bdk itu.. sehingga lah aku smpi ke satu kawsan lengang berdekatan dgn basku.. aku berhenti & dgn bahasa isyarat aku tanya, apa sebenarnya dia nak.. budak tu tunjuk ke arah tudung ku.. aku tak faham, aku tanya lagi sambil tangan beri isyarat, apa? budak itu tujuk tudung ku.. Oooo baru ku tahu, dia berminat dgn brooch di tudung ku, yg ku pakai di bawah leher ni... adus.. aku terus memberi bahasa isyarat... ini ke? dia angguk...  laa.. kalo brooch tu ku tanggalkan utk beri kpdnya.. harus terkeluar rambut2 ku ni nanti, aku pakai utk ketatkan tudung tu dibahagian leher..
tiba2... haaa baru ku perasaan yg aku ada membaca satu biji brooch lg dlm beg sandang ku.. oh! nasib baik.. aku tanya kpdnya, mau ke yg ini, sambil tunjuk brooch tersebut.. dia angguk & nmpk riak mukanya dia amat gembira apabila aku menyerahkan brooch tersebut.. sungguh terharu aku melihatnya... dia terus berlalu & pergi.. aku melihatnya hingga ia hilang dr pandangan.. dia memasuki semula ruang masjid & terus lenyap dlm ramai2 org disitu..
Aku rasa lega kerana dpt memenuhi permintaan budak itu..

Aku teruskan perjalanan menuju ke bas & sempat membeli buah zuriat spt yg dipesan bbp kawan disini. Sewaktu aku tanya bp harga buah zuriat tersebut, perempuan yg menjual itu cakap bhs arab.. adus, tiba2 ank lelakinya muncul & memberi tahu.. 1 riyal 3 biji.. wah! nasib baik, so aku mtk utk beli 5 riyal, dpt la 15 biji. pandai betul anaknya ckp bhs melayu, aku tanya dimana belajar, dia terdiam.. agaknya bbp patah perkataan melayu je yg dia tahu, aku tolong jwpkan.. belajar sendiri2 ye.. bdk lelaki itu jawap "ye" smbil tersengih

Masuk ke dlm bas, aku pun cerita kisah budak perempuan tersebut kpd hubby... dia tanya "bagi ke tak brooch tu?", aku ckp selamba jer,"aah bagi".. coz mmg ada rasa kesian kat bdk tu yg mengejar aku semata2 nak brooch.. ala brooch bukan mahal pun, beli di mydin RM5 dpt 12biji..

tiba2 hubby ckp "ntah2 malaikat tak? dia nak uji kita.." aiiikkkkkk mungkin jugak kan????ini kan masjid & ada logiknya... lagipun ini bumi barakah, apa2 pun boleh jadi..
waallahualam.. ttp mmg misteri bgku, namun ini kenangan plg manis bg aku wp bdk itu manusia sebenar, tp seharusnya kita mmg perlu ada perasaan belas kasihan..

KKdg bila ku fikir semula.. mungkin Allah nak beri ku lebih pahala, itupun jika aku beri brooch tu kpd bdk perempuan.. so mmg ni pun ujian buat aku sebenarnya.. Waallahualam..
Aku berserah, andai benar, aku harap aku dah buat yg terbaik... Moga Kau menerima hamba ini Ya Allah!!

di tangga ini kah budak perempuan itu nampak ku????

Gambar terakhir slps jumpa bdk peremuan itu..







No comments:

Post a Comment