Salam
selepas selesai kami menunaikan solat & menikmati keindahan suasana di Masjid Nabawi pd malam itu, kami pun meninggalkan masjid dgn harapan kami akan bersolat subuh pula pd paginya...
aku juga mengisi air zamzam yg aku nampak boleh diambil di dataran tersebut & penuhkan botol mineral yg ku bawa..
di dalam perjalanan pulang ke hotel, kelihatan beberapa org lelaki dan salah seorang nya menegur kami..
beliau memperkenalkan kami yg dia org Indonesia dan bersama2 nya ada sorg pak cik yg telah sesat & tidak dpt kenalpasti di mana hotel beliau.. lelaki Indon itu meminta kami menolong pak cik tersebut yg dikatanya org Malaysia sbb dia & kwn2nya tidak dpt lg cari hotel pakcik itu..
tugas diserahkan kepada kami, kami terima kerana amat kasihan dgn keadaan pak cik itu.. nampak mcm semput, kemungkinan penat berjalan..
Kami bertanya pak cik, "Hotel pak cik dimana?" Pak Cik menjawap "Tak tahu namanya, tapi masa turun dr hotel, dekat je nak.. kira2 pak cik turun je, dah nmpk masjid ni".. kesian aku tgk pak cik ni, semput jugak la dia menjawap.. aku offer air zamzam kpd pakcik, melihat kepada keadaan nya letih & lesu.. dia menyambut botol air zamzam sambil berkata "pak cik kalo minum ni, abis la nak", aku kata "tak pe pak cik, minum la.. rehat dulu k.." hubby pun ckp "baik kita rehat dulu" sambil kami minta pak cik duduk di kaki lima kedai yg telah pun tutup.. kami lihat name tag pak cik dari Tabung Haji Travel & Tours, pulak dah! tu agensi yg teramat famous & pastinya mempunyai service yg baik.. tak sangka la, ada jemaah undernya yg jd spt ini???
berteka teki juga kami.. aku tanya "berapa ramai yg ikut rombongan sama2 pakcik ni?"
"300 org" jwb pak cik.. wah! dlm hati aku... mungkin juga itu punca agensi tak dpt kawal jemaah2 nya..
tp mungkin juga nasib pak cik itu sendiri..
Pakcik bercerita punca dia sesat.. katanya "lepas solat zuhur, pak cik nak terkencing.. tp tak sempat ke tandas, pak cik dah terkencing, seluarnya dah kotor.. pak cik igt nak bersihkan, tp pak cik dah terpusing2 satu masjid.. sampai kepenatan & memang tak dpt kenal pasti hotel pakcik lagi..
Pakcik dah tiap2 tahun kesini, dah biasa tempat ni... pak cik nak ikut pintu yg pak cik selalu pergi, tak sangka sesat jugak..."
Kami dgr je shj cerita pak cik.. lagipun dah mlm sgt...kami fikirkan utk solat subuh esok shj & perlu tidur segera
Hubby bgtau yg dia akan balik ke Hotel utk bertanya, kot2 Hotel kami tau hotel utk jemaah TH ini & menyuruh kami menunggu di sini dulu, jarak hotel dekat sgt dgn lokasi kami ini, cuma perlu melintas jalan..
Aku melayan pakcik tersebut.. aku cuba hilangkan rasa takut pak cik yg dah sesat sejak solat zohor sambil bersembang2 dgn nya.. pak cik cerita yg dia diminta anak perempuannya utk jd mahram kpdnya.. suami anaknya amat sibuk utk bersama2, anaknya itu pun terpaksa kesini sebab cucu perempuan mereka ada sedikit masalah semasa umrah mereka thn lps, ada perkara belum selesai katanya, kena siapkan di sini...
"ini pun dah last min pak cik diambil nye" aku just jwp "oooo".. dgr shj tanpa komen..
cuma dlm hati, ank pak cik ni bkn calang2 la gamaknya.. yea la suami isteri org yg sibuk, pak cik juga cite dlm haji pun anak nya boleh rushing.. buat yg wajib2.. pergi pun pd saat akhir
tak lama tu, hubby sampai.. katanya "kita balik hotel, ada sorg lg pak cik yg sesat gak dr TH jugak, jd pihak hotel kami dah panggil wakil TH utk amik pakcik nanti, pak cik tunggu je kat lobby hotel.."
anggar2 nak bangun.. pak cik mcm x larat.. air zamzam td, pak cik dah minum.. tp x abis pun, aku amik botol nya balik..
sambil2 pak cik bangun, sempat dia bercerita.. "pakcik ni sebenarnya dah terlepas mulut", terkejut kami..
"masa datang tadi, pak cik tgk sebuah masjid.. pak cik ckp, masjid tu macam gasing dgn cucu pakcik, kesudahnya pakcik yg pusing2 macam gasing" peh!!!! aku mendgrnya, rasa t'kedu kejap..
mmg memberi pengajaran yg amat besar pd kami... DI SINI JGN CKP SEMBARANGAN... itu telah dipesan oleh mutawif..
akhirnya kami bawa pakcik ke lobby hotel... kelihatan sorg lg pak cik sedang menunggu di sofa, pak cik dr kelantan.. kedua2 nya bersembang, pak cik yg aku bw tadi ckp slang kelantan pulak da.. hehehe
katanya ramai menantu2 nya org kelantan..
kami tunggu b'sama2 melayan pak cik2 yg sesat..
wakil Andalusia meminta kami tidur, tp kami kata kejap kami nak teman pak cik2 ni.
Sebaik wakil TH dtg, dia bising jugak coz terpaksa dtg dr jauh, katanya bukan senang nak cari info, fail tebal sgt...sambil tunjuk fail tersebut..
entah lah, bg aku itu dah kerja kau
aku melihat jam di hotel.. sudah pun pukul 1.30pagi.. setelah memastikan pak cik2 tu aman..
kami pun balik ke bilik & tidur
No comments:
Post a Comment