Salam
~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~
Raudhah adalah sebuah kawasan yang terletak di antara rumah Nabi SAW
iaitu Hujrah Siti Aisyah dan mimbar syarif. Raudhah dinamakan demikian
kerana sebagaimana tersebut dalam hadis shahih : " Apa yang berada
antara rumahku dan mimberku adalah Raudhah ( taman ) dari taman-taman
syurga - Hadis riwayat Bukhari.
Sambil menunggu giliran negara Asia memasuki Raudhah, aku telah melihat berbagai2 kerenah.. kedengaran mutawif Indon giat memberi penerangan kpd kumpulan beliau dgn suara lantang, khusyuk jemaah2nya mendengar..
Seolah2 sorg panglima di zaman perang, semua asyik mendengar arahan panglima mereka supaya tercapai matlamat kemenangan mereka.
Satu yg aku puji bg org2 Indon ini.. mereka terlalu bergantung penuh kpd mutawif serta yakin & ikut arahan sepenuhnya.
Mutawif kami menyuruh bykan selawat tamam (sempurna) iaitu selawat keatas Rasulullah & Nabi Ibrahim, jd hatiku ini tak lepas2 dr berselawat & b'doa agar aku dpt peluang memasuki Raudhah.. Aku mohon Allah beri ku rezeki utk berada di taman syurga itu.. aku teringin sgt & aku mahu tergolong dr org2 yg berjaya. Hati ku pd masa itu sentiasa b'selawat & b'doa shj agar aku berjaya.
Sementara itu, dikeliling kami, kedengaran guard perempuan memarahi jemaah2 yg tak ikut peraturan do sana sini.. Akhirnya kami diminta bangun. Kami dr M'sia & Indon pun bangun & diminta menuju ke Raudhah..
Tiba2........... Ya Allah, begini kah caranya ?
Terasa himpitan, tolakan & ucapan Ya Allah, Ya Allah dr org keliling ku.. sedar2 aku berada dlm kumpulan jemaah Indon kerana aku mengikut arus tolakan tersebut. Nampak mereka punya semangat tinggi, aku pun terus b'semangat.. doa & selawat berterusan... aku tak akan lepaskan peluang ini, ya Allah.. permudahkan aku..
Sedar tak sedar, semasa tolak menolak.. himpit menghimpit.. aku telah berpijak di karpet hijau & sudah begitu jauh rupanya... Oh! aku sudah sampai rupanya, mudah juga bgku... syukur..
Aku kedepan sikit, cari ruang solat... aku solat duha 2 raakat & 2 rakaat solat hajat..selepas salam, aku luahkan segala hajat2 yg terpendam.
Ya! alhamdullilah, di Raudhah ini... aku telah sampai & mohon doa kpd Allah, Rasa syukur yg teramat sgt.. air mata ku mengalir... syukur kerana dpt juga berada disini & b'doa...
Aku tahu, jika kita yakin, kita usaha & niat semata2 m'dpt keredhaan nya, pasti Allah tunaikan hajat ini.
Selesai shj berdoa, aku lihat org semakin menolak2.. aku redha & perlu melangkah keluar utk bg ruang kpd org lain, kaki melangkah dgn susah kerana sesak & aku hati2 takut terkena org yg sedang solat. Akhirnya aku keluar jua dr Raudhah... aku mencari2 group dr Andalusia... malang nya, aku lihat mereka semua masih duduk & belum dpt peluang masuk ke Raudhah..
sungguh sabarnya mereka !!!
aku pergi & duduk bersama mereka, menyatakan yg aku sudah masuk & selesai.. mutawif kata bole join sekali lagi...
ye ke? ya Allah, syukur... dpt peluang kali ke-2
mutawif tanya, bila aku dpt masuk? aku kata sedar2 aku dlm group Indon.. ditolak2, dan mungkin itu rezeki saya.. mutawif kata, ya la tu.. pelik juga dia dgn aku.. tp mmg dia pesan, kalau kita muda, kita boleh berasak2 sikit.. so aku dlm kategori muda??? hehehe
Utk kali ke-2, kurang org bersesak2 yg masuk ke Raudhah tp masih ada yg tidak mahu keluar menyebabkan tak ada ruang utk solat.. aku cuba mencari ruang, apabila nampak ruang. aku ajak group ku solat terus tak perlu cari smpi ke depan.. ada yg ikut.. ada yg masih nak ke depan.. terpulang, alhamdullilah dpt solat 2 raakat lg & b'doa sedikit..
aku terus tinggalkan Raudhah & mencari ruang2 lain dlm Masjid Nabawi utk mengaji sebentar..
Aku pun pulang ke hotel, hubby sudah menunggu ku di lobby hotel.
Gambar dibawah hubby amik ialah kubah hijau di mana makam nabi berada...
Nota - hadis2 didapati dari jln2 blog org.. semoga mereka mdpt byk pahala dr copy paste ini.. Amin
No comments:
Post a Comment