Thursday, 26 July 2012

Catatan Hari Ketiga 5 Julai (Madinah 1/2 Hari) Menyaksikan Payung Masjid Nabawi Dibuka

Salam,,
hari ini hari terakhir di Madinah, kami akan bertolak ke Mekah tepat pukul 2.30pm untuk melaksanakan umrah dan kami perlu bersiap2 dgn pakaian ihram

sungguh meriah di subuh ini.. ramai betul yg bersolat.. syukur!
Untuk terakhir kalinya, aku sempat mengambil gambar2 ini sbg kenangan.. utk kali terakhir solat diwaktu subuh ini, aku memilih utk solat di dataran sbb nak rakamkan saat payung masjid ni terbuka.. namun ramai yg terus balik lepas solat.. tp aku cuba utk tinggal kejap, baca quran or zikir.. kalau penat, aku lihat org keliling..muhasabah diri.. aku lihat ramai bangsa2 manusia di dunia ada disini... aku cuba memahami mereka.. ada yg senyum jika dipandang, aku seronok wp kalu nak bertanya apa2 ibarat ayam itik la jadinya..
Untuk tambah amalan kita, jika kita nmpk mereka itu spt org susah, wajarlah kita hulur2kan.. lagipun disini jika dilakukan, pahala berganda2... Tuhan je yg selayaknya membalas tp Insya Allah ada ganjaran buat kita. Tips jika nak bersedekah disini..  jgn beri depan2 org, ditakuti ramai pulak mengejar kita.. caranya, kita perhati dulu org yg nak dihulur, lihat keadaan mereka, kbykan mereka yg dari pakistan & bangladesh memang org susah2.. mereka ke sini menaiki kapal laut, ye la mrk dtg utk beribadat, tp mungkin mereka ni tak la berduit, kalo tgk keadaan mrk.. tidur pun dikaki lima bangunan atau kalau dibenar, dikawasan masjid ini sendiri.. makan pun beramai2, sama2 mencicah roti/capati.. mau menangis, insaf sekejap dibanding kemewahan yg kita dapat, syukur kerana kita tidak spt mrk..

Ok cara utk memberi duit (jumlah ikut la masing2.. kalo rasa lebih kesian beri lah dlm 10riyal.. kalo tak pun 5riyal.. plg2 pun, tgk je baki 1riyal kita... hulur je, walau sedikit), target  dulu org yg kita nak beri tu.. then tgk je pergerakkan dia.. bila dia bangun dr solat, capai tangannya dr arah belakang, antara dia sedar or tak sedar.. masukkan duit tu & tutup tangan dia.. automatik tangan dia akan genggam jika terasa sesuatu, kita perlu terus berlalu, jgn pandang2 da.. insya Allah, niat kita diberkati & dilimpahi pahala.. Amin..

Ada sorg tua pakistan yg aku jumpa, senyum kpd ku semasa aku mencelah utk solat berdekatan nye.. dia tanya "Indonesia?" aku geleng "Malaysia" jawab ku, dia senyum lagi, dia dlm group org2 pakistan la kot.. so itu la target aku seterusnya... bila dia bangun aku cuit tangannya perlahan, tanpa sape2 nmpk.. aku hulurkan 10riyal.. muka org tua tu nmpk t'kejut, namun mengenggam kuat duit yg ku beri.. seolah2 terkejut.. lepas tu dia asyik tenung aku jer.. tp aku selamba, hingga abis solat aku terus jalan.. tak pandang2 dia langsung..
harap dia dpt manfaat dari pemberian ikhlas ku itu...

 Indah kan suasana di Masjid Nabawi.. aku amat merindui saat2 ini.. walaupun hanya berada di dataran, aku pilih utk duduk di satu sudut (biasanya tiang).. niat beriktikaf, beri salam kpd Nabi saw & sterusnya aku berdoa byk2 sambil aku luahkan apa shj yg terbuku dihati ku.. peh lega! aku rasa dekat dgn Nabi saw, berada di masjid baginda.. kerana aku tahu Nabi saw hidup walaup baginda telah meninggalkan kita.. Hadis Nabi saw "Sesungguhnya roh2 para nabi itu hidup, walaupun telah meninggal dunia"  Waallahualam..



 

Ini la saat2 payung dibuka... perhatikan gambar dibawah satu per satu bagaimana payung2 itu terbuka.. sungguh indah...









Ok, dah saksikan... alhamdulillah.. aku melangkah balik seorang diri..
diMadinah aku mmg berseorangan jika balik ke hotel coz bahagian muslimin & muslimat terpisah so terpaksa la berpisah, kalau berjanji dgn hubby di KFC untuk bertemu, ada je halangan.. masing2 tak sabar menunggu.. namun jarak hotel amat lah dekat.. cuma 100m jer.. so tak lah takut, lagipun ramai org di kawasan ini

Ini suasana di sekitar masjid... di hadapan masjida ada bangunan jam..
 Seronok melihat burung2 merpati dipagi hari...

 Aku ambil gambar ini sebab... dibelakang ku la perumahan penduduk2 madinah.. nampak macam suasana kekampungan.. cantik !
 Ini la hotel kami, Hotel Durat Al Fairoz..
Ketika aku ambil gambar2 ni, sorg minah arab menyapa aku... dia ckp arab.. tp aku rasa aku faham la kot.. dia kata pergilah ambil gambar di Masjid, lagi cantik suasananyer.. hehehe...
Iya la tu.. aku dah awal2 selamat mengambil gambar...


Ya Allah, ampunila dosa hamba ini, andai aku melampaui batas & mempunyai ilmu yg cetek.. Tunjukilah aku jalan Mu.. Amin!

No comments:

Post a Comment